Crochet Brooch Holder

Salam..

Masih lagi update pasal crochet..

Asyik pasal crochet je ni..
Pasal felt craft taknak update ke..?

Nanti la ya, tengah excited dengan crochet ni. Takleh nak stop.. 😁
Sampai masa nanti kita cerita pasal felt craft pula..

Jom tengok apa yang kait kali ni..

Tempat Letak Kerongsang
Crochet Brooch Holder
Ya, masih lagi pink..

Sebenarnya pink ni warna yang paling saya anti sejak kanak-kanak..
Namun begitu, sejak dewasa ni (25 tahun ke atas), makin suka pula saya kat warna pink ni..
Sekarang ni salah satu warna kegemaran saya ialah pink, selain hitam dan oren.
Kombinasi yang saya suka pula ialah hitam pink, hitam oren, putih pink, putih oren.
Lawa giler 💓

Okay..
Inilah Crochet Brooch Holder atau bahasa Melayu dipanggil Bekas Letak Kerongsang.

Aik?
Kerongsang pun nak ada tempat letak ke..?
Mesti la.. Kan selalu je hilang kerongsang tu.
Beli banyak, last-last tinggal 3 biji.

Banyak jenis bekas letak kerongsang yang boleh didapati di pasaran.
Dalam bentuk kotak, bakul, plastik, sebut je, semua ada..
Cuma kalau dah nama craft maker tu, semua benda pun kalau boleh nak buat sendiri.
Betul tak..?
Huhuhu...

Crochet Brooch Holder ni saya buat untuk diri sendiri..
Sebagai satu hub untuk para kerongsang saya yang tak berapa banyak tu..

Saya ni jensi suka letak barang merata-rata.
Sehinggalah pada suatu hari baca satu tips yang bagitau cara nak pastikan rumah sentiasa kemas ialah, pastikan semua barang ada tempatnya.
Jadi tiap kali nak letak barang tu, terus letak kat tempatnya.

Sejak haritu saya cuba praktikkan, walaupun bukan ikut 100%; namun sedikit sebanyak nampak kesan positif terhadap hidup saya yang agak messy ni.

Lepas buat sebiji ni, rasa seronok pula..
Sekarang dah buat berbiji-biji..

Bekas Letak Brooch
Mana satu cantik?
Mana satu warna pilihan hatimu..?
Pada saya mestilah pink dan oren tu..
Hahaha..
Obvious kot..

Dah buat banyak-banyak ni tak tau nak buat apa..
Nak guna, bukan banyak sangat kerongsang saya ni...

Yang paling dasyat ialah, saya tak boleh stop buat Brooch Holder..
Tolong stop!
Proceed to the next project please... 😭😭

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan