Kat Mana Nak Cari Crochet Hook (Jarum Kait)?

Salam..

Sejak beberapa bulan ni saya asyik update pasal crochet je kan..
Haha..
Felt-nya mana..?

Saya sendiri pun dah kurang aktif ber-felting.
Order pun amik sikit-sikit je.
Mana yang nak cepat terpaksa ditolak.
Sekarang saya dah tak pulun macam dulu.

Disebabkan ramai berminat nak ber-crochet juga dan tanya ada jual tak jarum crochet; maka saya cuba cari.
Dan akhinya dah sampai!

Ada 3 jenis tau.

1. Jarum Crochet jenis cute (ada dua warna korang boleh pilih)

Crochet Hook Pink
Crochet Hook Green

Kedua-dua warna ni memang lawa.
Saya pun dah amik dah setiap satu untuk simpanan sendiri.
Simpan je, pakainya ntah bila.
Hohoho..


2. Jarum Kait Colourful

 Ni yang paling murah.
Warna warni dia punya pemegang.
Saya pakai yang ni la sekarang.
Walaupun murah; selesa je guna.
Cuma nombor tu cepat tanggal, saya labelkan dengan selotape.


3. Jarum Kait Jenis Kayu


Crochet Hook kayu ni saya ada juga.
Tapi jarang pakai..
Rasa lebih selesa guna yang colourful tu.
Dapat berlasak-lasak sikit..
Yang kayu ni cam takot je patah.
Maklumlah saya ni ganas macam Shrek.
Hohoho..

Ketiga-tiga jenis di didatangkan sekali dengan:
 penanda crochet (yang bentuk macam pin lampin baby tu)
jarum plastik 
casing dia.

Warna tu saya bagi random je tau..

Jarum crochet ni pun tak banyak stok, setiap jenis ada 12 set je.
Tinggal 11 set la, sebab saya dah amik satu, huhuhu...

Selain dari crochet hook ni, kalo korang nak jarum plastik tu sahaja atau penanda dia tu sahaja pun saya jual juga..

 Sepaket penanda ni ada 10 biji

jarum plastik ni diberi sepasang.
Warna random juga.

Jarum kait boleh dibeli kat website asma-felt-box 
Klik je atas tu, saya dah bagi link yang proper.
Tak pun klik gambar.

Boleh juga order secara whatsapp : 018-379 8330
Saya pos barang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad
Online 11am-4pm (Sabtu Ahad cuti)

Selamat berkraf!

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan