Mengait Bunny Amigurumi Pink!

Salam..

Selepas terinspirasi dari dua Guy Crocheter haritu, bukan main semangat lagi saya mengait tau.

Hasilnya?
Siap satu Bunny Amigurumi.
Comel tak? 😁

Bunny Amigurumi
Ya, saya memang comel!
Okay..
Tak dinafikan bunny ni tak begitu sempurna..
Terutama sekali telinga dia tu..
Berpeluh tau pasang telinga tu..
Dan nampak macam sebelah tu lebih besar berbanding yang satu lagi kan..?

Oh tidakkk!! T____T

Kecewa tau.
Bila dah penat-penat buat sampai siap, baru nampak ada cacat.
Kecewa.. kecewa...

Walau bagaimanapun, crochet kali ni okay sikit..
Jari dah kurang sakit dan laju sikit berbanding sebelumnya..
Mungkin sebab benang pink kot, saya rasa lebih bertenang dan aman damai tatkala mengait.
Gitew...

Sebelumn ni kan, saya ingatkan dorang mengait dari awal hingga akhir tak putus-putus..
Tu yang buat saya tertanya-tanya, macam mana dorang kait berterusan, siap campur-capur warna lagi.
Sekarang baru tau.

Mengait bunny amigurumi ni bukan dari awal sampai akhir kait benang nak putus-putus..
Putus juga tau..
Kita kene crochet bahagian demi bahagian, sama macam sleepy doll haritu (yang tak siap-siap lagi.. huhuhu..)

Macam ni...
bahagian badan bunny amigurumi
Kait bahagian demi bahagian..
Nampak kan..
Bahagian badan, tangan dan telinga dia...
Lepas dah crochet kesemua bahagian, baru la cantumkan dia..

Bab cantum tu saya tak pandai..
Buruk betul hasilnya..
Dari jauh ni nampak okay la..
Bila tengok dari dekat, hadooii... malu nak tunjuk. Hahaha..
Nampak sangat tadika. 😂

Sebenarnya kan..
Bunny ni ada sedikit silap..
Saya dah tersilap kira menyebabkan badan dia jadi panjang sikit..

Kalau ikotkan rupa dia kontot je, nampak lebih comel..
Bila dah tersilap tu, redah je la..
Tak larat aku nak buka balik...
Hohoho...

Untuk projek ni saya guna benang acrylic je..
Selama ni memang guna benang acrylic, sebab murah..
Tapi tu la, kadang-kadang dapat benang yang mudah berderai..
Leceh nak mengait, asyik sangkut-sangkut je..

Benang jenis lain tu mahal.
Bagi mereka yang dah otai, mengait confirm menjadi tu, okay la..
Untuk saya maybe tak sesuai kot.
Kejap kejap silap, kejap kejap tak menjadi; guna benang mahal pula..

HArap-harap cepat sikit la terer.
Nak merasa ni crochet guna benang mahal..

Okay la..
Nak crochet apa pula lepas ni ek..

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan