Posts

Showing posts from March, 2017

Cute Felt Keychains

Image
Salam..

Godek-godek gambar lama..
Jumpa keychain stoney yang saya buat utk jualan booth haritu.

Tak ingat dah taruk kat blog ke, belom..
Taruk la sekali lagi takpe kan...










Keychain ni semua dah lama dah dibeli.. Pasti dorang tengah happy tolong jagakan kunci dan beg tuan dia kan.. Huhuhu...
Rasa rindu pulak nak jahit stoney ni lagi.. Nanti free nak jahit la..
Wassalam...

DIY KIT : Carrot Felt Keychain Craft Kit

Image
Salam..

Re-pack Craft Kit yang terakhir untuk bulan ni...

DIY KIT : Carrot Keychain

Setiap pek untuk buat 1 biji keychain. Ia mengandungi bahan2 seperti dalam gambar di atas:
1pc felt oren 1pcs felt hijau Sepasang brads 1pc split ring 1pcs ribbon Benang dan jarum Poly-fiber Template Manual Step by Step

Harganya RM5 sepaket
Nak borong pun bole.. Mana tau nak jua balik atau nak buat projek bersama kanak-kanak di sekolah.
Order kat SINI
Wassalam

Cute Felt Button MArine Keychain

Image
Salam..

Bila takde idea nak buat keychain apa...?
Tampal je la butang comel ni..

Butang ni dah lama gila dalam simpanan.. Tak guna guna pun..
Nak guna pun sayang pulak sebab mahal.. Hohoho.. Kupik betol..

Siap pun! Jap lagi pos..
Wassalam...

DIY KIT : Heart Brooch Re-packed

Image
Salam..

Re-pack satu lagi DIY KIT
Kali ni Heart Brooch pula..

Dalam paket ni nanti korang akan dapat bahan-bahan dalam gambar di atas iaitu:
1 keping felt merah 2 biji brooch 3 biji butang Poly-fiber Benang dan jarum Template Manual step by step

1 paket ni berapa harga? Murah je..
RM5/paket
Kalo nak borong untuk jual balik atau aktiviti anak murid kat sekolah pun bole..
Kene tengok harganya kat SINI
Wassalam..

BFF Handmade Felt Bookmark

Image
Salam..

Tercari-cari hadiah nak bagi kat kawan baik korang?
Alaaa..
Takkan beli kot..
Cam tak rare la gitu..

Cer try buat sendiri..
Cam saya buat ni...

Bookmark Best Friend Forever

Nak buat dia senang giler..

Cuma perlu:

Kain Felt Keras (polyester felt)
Ribbon sikit
Alphabet Beads
Jarum dan Benang

Dan yang paling penting yang takde jual kat tempat lain ialah kreativiti sendiri

Kalo tak berapa nak kreatif, buat camni pun okay je..
Tak tau la kenapa, design simple2 camni yang banyak request..
Kan..

Ada satu lagi..

Sama je ni, cuma kalernya hijau..

Amacam idea untuk hadiah best friend korang ni?

Kalo rajin, buat la banyak-banyak jual kat sekolah..
Time Hari Usahawan, Hari Sukan tu memang lagi syok..

K la..
Abes dah rehat..
Nak sambung jahit order..

Wassalam..

DIY KIT : Felt Hair Clips Re-PAck!

Image
Salam..

Re-pack! Re-pack!

Re-pack semula DIY KIT Klip Rambut Felt ni dah lama sangat tak restock.


Kalo sebelom ni RM12 sepaket (baca sini) kini dah jadi RM5
Ya. RM5 sepaket!
Setiap paket ni untuk buat sepasang klip rambut..
Setiap paket mengandungi: sekeping felt sepasang hair clips Butang benang dan jarum template serta step by step manual yang mudah diikuti
Kini korang boleh pilih antara 6 jenis ni:





Aktiviti yang mudah dan menyeronokkan untuk anak-anak dan murid-murid sekolah.. Remaja dan dewasa pun bole juga..
Kalo rasa nak try-try Felt Craft ni, grab je sepaket.. Pasti addicted dan nak lagi dan lagi dan lagi... XD
Bole dapatkan terus kat SINI Borong pun bole..
Nak tau harga borong.. Gi la tengok kat asma-felt-box.com
Wassalam..
*Warna lain nanti kita tambah ek.. Tak pon, komen kat bawah, nanti kita tambah dalam pilihan..

Bantal Baby Comel

Image
Salam...

KAcamg-kacang jemu juga ngadap felt..
Terutama bila queue order berterusan tanpa henti..
Kan..

Sekali sekala buat kraf lain yang takde kene mengena dengan felt..
Aci tak..?


Macam comel je...

Alang-alang merehatkan diri dari kain felt.. Sempat pulak jahit 4 biji bantal bentuk baby.. Jahit ni pun guna kain reje (remnant) yang ada dalam simpanan.. Nampak cam kapsul kan.. Hehehe..
Seronok la tido pasni.. Sambil2 peluk baby yang kiyut miut..
Wassalam...

Video Tutorial : Cara order felt craft supply di website asma-felt-box

Image
Salam..

Ada lagi ke yang belom tahu cara order craft supply melalui website asma-felt-box.com?

Walaupun website dah bertukar kepada sistem baru, namun basicnya masih sama..

Saya dapat beberapa mesej di inbox minta saya tunjukkan cara order kat website..

Oleh itu, saya dah buat satu video yang tunjukkan step by step cara order direct kat website.


Diharap korang faham dan tau caranya selepas menonton video ni.

Wassalam..

New craft Supply: Printed Felt (pokadot)

Image
Salam.

Dah lama giler tak masuk barang baru kan..
Kali ada barang baru sampai tau.

Disebabkan ramai tanya, "ada tak jual felt bercorak?"
Maka saya pun order sikit sample.


Jeng jeng jeng!
Comel tak?
Felt ni jenis keras (polyester felt), nipis sikit dari felt yang biasa saya jual. Rasanya ketebalannya 1mm kot, tapi texture dia cantik. Tak berbulu dan tak keras sangat.. Nak jahit pun senang.
Untuk first badge ni saya jual by pack. 1 pek ada 10 keping warna macam dalam gambar.. Ada warna hitam, coklat, khaki, putih, kuning, hijau, biru, purple, pink dan merah. Warna dia pun cantik-cantik Dalam stok cuma ada 12 pek je.
Nak tengok warna2 dia? Saya tunjukkan warnanya dalam video pendek ni..

Polkadot felt ni pun dah dimasuk dalam kedai online asma-felt-box Bole dapatkan kat  http://asma-felt-box.com/products/polkadot-felt-pack
Selamat berkraf!
Wassalam..

Assalamualaikum

Kami membuat handmade felt craft; serta menjual bahan-bahan krafnya sekali.

Bisnes ni online dari rumah dan semua order dipos ke seluruh dunia.

Tiada self pick-up. Tiada COD


Waktu urusniaga : 11pg-4ptg (Isnin-Jumaat)
Cuti : Sabtu & Ahad
Pos barang : 4ptg (Isnin-Jumaat)
Kurier : Poslaju


email : asema84@gmail.com

whatsap :018-3798330
shop : asma-felt-box.com

ssm : 002186823-k