Spending Time with Instagram

Salam...

Sejak beberapa minggu ni saya lebih banyak habiskan masa di instagram berbanding media sosial lain.
instagram
instagram
Dulu (7 tahun lepas) medium yang ada cuma blog.
Oleh itu setiap hari kerja saya cuma berkraf dan update blog.

Kemudian muncul facebook, instagram, twitter, google plus, snapchat dan sebagainya; menjadi satu bebanan pula untuk update kesemua ni setiap hari.

Apapun, saya berjaya lakukannya (walaupun tak lama T__T)

Oleh itu, sekarang ni rasa tak larat dah nak aktif di semua media social.
Bukan kerana penat ke apa..
Kerana lepas update bukan ramai pun nampak post tu.
Rasa tak berbaloi..

Facebook punya algo dah makin kedekut nak bagi post dari Facebook Page muncul kat wall followers.
FB ads pun makin mahal.

Instagram pun sama dah tukar (company yang sama kan..)
Kalau dulu post muncul ikut kronologi, kini suka suka hati je nak muncul yang mana-mana.

Sekarang ni engagement, likes dan comment pun diambil kira

Kalau kita banyak like dan komen, user tu punya post banyak kali la muncul kat feed.
Kalau jarang like dan komen, takde maknanya nak muncul kat feed.

Tu yang tak syok.

Saya pun jenis tak teringat nak like kalau gambar biasa-biasa.
Gambar yang luar biasa dan spark the joy baru la terdetik nak like.
Bukan kedekut like, cuma naturally jadi macam tu. Huhuhu...
Dan saya yakin, ramai perangai macam saya kan..

Disebabkan post hari-hari tapi yang nampak cuma 1% je, rasa cam tak berbaloi je nak aktif sangat.

Itu menyebabkan saya rasa nak tumpukan pada satu media sosial sahaja.

Facebook memang rasa malas dah.
Google Plus lagi la tak pandai guna.
Twitter tu hampir sama seperti facebook kan; tapi tak tau la kenapa rasa macam blur je duduk kat situ.
Instagram rasa macam okay sikit.

Bila spend time kat instagram tu, rasa cam seronok pula main stories dia.
Patut la korang suka update story, memang syok..

Salah satu reason kenapa saya suka instagram stories tu ialah ia tak perlu banyak edit gambar.
Saya ni memang malas la nak edit-edit gambar ni..
Bagi saya edit gambar kat laptop lagi senang.
Edit kat phone tak berapa menjadi gambarnya.. -__-"

Kat stories kita post gambar kelam sikit pun takpe..
Maklum la phone murah, mana la lawa gambonya..
Senang nak buat quick update aktiviti harian saya..
Aktiviti santai-santai, aktiviti suka-suka.
Rasa macam tulis diary pula. Huhu..

Walaupun orang tak peduli pun pasal aktiviti harian saya.
Yang penting saya happy melakukannya <3
Lagipun cuma sehari je, lepas tu hilang la post tu..

Snapchat pun saya baru install.
Masih blur.
Tak tau nak follow sapa.
Nak cari siapa untuk di-follow pun tak reti.
Nak update apa kat situ pun tak tau juga..

Hahahhaa...
Ketinggalan betul..

Korang yang belom follow bole follow instagram saya : instagram.com/asmafeltbox

Facebook saya tu cuma saya share je apa-apa post dari instagram.
Kalo rajin buat schedule post seminggu sekali.
Tu pun kalau rajin la.
Biasanya malas je aku ni dengan facebook tu.

Okay, nak update stories jap.

Wassalam..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama