FEB GA


Berikut ialah syarat2 penyertaan:
  • Terbuka kpd semua penduduk di Malaysia. Bangla pun bole asalkan duk kat Malaysia.
  • Peserta dan penerima hadiah wajib mempunyai alamat surat menyurat di Malaysia (kerana saya akan gunakan alamat peserta sebagai pengirim dan alamat penerima sebagai penerima... Sy cuma tukang sponsor je..)
  • Peserta perlu memilih orang tersayang yang lahir pada bulan Januari sebagai penerima hadiah. (pakwe, makwe, suami, isteri, ayah, ibu, anak ,kakak, abang atau sesiapa asalkan korang sayang kat dia)
  • Peserta TIDAK BOLEH memilih diri sendiri sebagai penerima hadiah, kerana niat saya nak sponsor hadiah UNTUK orang yang korang sayang. Kalo korang sayang diri sendiri lebih dari menyayangi orang lain, mungkin korang bole cuba berkorban dan pilih orang yg kedua paling korang sayang.. Kalo tak berjaya berkorban, cuba lagi smpai berjaya.. Jangan putus asa k...
  • Peserta perlu mengisi borang di bawah dengan lengkap dan jujur. Borang yang tidak lengkap atau berunsur kepalsuan akan didakwa. (borang itu yg akan didakwa, bukan penulisnya. Jadi jgn bimbang.. Hahaha)
  • Peserta hanya boleh menghantar satu borang sahaja. Lebih dari satu borang secara automatik penyertaannya akan terbatal.
  • Pemenang akan dipilih secara musyawarah (ahli panel asma-felt-box)
  • Hadiah akan diposkan pada 20hb February.. Oleh itu kemungkinan hadiah sampai pada bukan tarikh lahir penerima adalah tinggi.. Oleh itu kpd mereka yang sangat menepati masa, anda tidak digalakkan menyertai kerana khuatir tidak berpuas hati dgn waktu sampainya hadiah tersebut dan tidak dapat tidur malam memikirkannya.. 
  • Hadiahnya:


  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19 February 2014.

Nak try your luck? Jom isi borang dibawah ni ek:



Name:
Email Address:
Alamat rumah saya
No tepon saya
Nama orang tersayang
Tarikh lahir beliau:
Nama panggilan/nama manja beliau disisi anda:
HUbungan beliau dengan saya:
Alamat beliau:
No tepon beliau:
Terangkan secara ringkas tentang beliau (karakter, kegemaran, kelebihan etc)
Kenapa saya sayang beliau dan kenapa saya nak bagi hadiah ni kpdnya:
Coretan utk beliau (diatas kad ucapan):
Saya mengaku bahawa: Maklumat di atas adalah benar dan tiada sebarang unsur pembohongan
Saya bukan penerima hadiah tersebut
Penerimanya benar2 lahir pada bulan ini
saya benar-benar sayangkan dia
Jika saya berbohong dengan niat ingin merembat hadiah tu bagi menjadi milik saya, dan kebetulan saya menang dan mendapat hadiah tersebut maka: saya akan menerima akibat yang diturunkan ke atas saya akibat berbohong dan mementingkan diri sendiri serta merosakkan projek yang sungguh murni ini.. (haha..murni la sangat.. :P)

Amin...

Terima kasih kerana sudi join GA ni.. Pemenangnya akan diumumkan dan bakal dihubungi menerusi email. 
Semoga berjaya.. :>

Form provided by Freedback.

Berikut adalah korang yg join Ga Utk bulan Januari ni.. :)


Sape lagi nak join.. meh ler. Jangan malu2.. ^_^

4 Ulasan

  1. Bahagian aku janji tu, ogos ke jan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Januari.. ni copy paste yg ogos punyer...
      Tq sudi inform.. :)

      Padam
  2. salam sis, penyertaan saya sudah sis terima ke? sebab nama tiada di dalam senarai penyertaan..terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...
      Ada2.. Dun worry ya...
      Saya update banyak sekaligus..
      Semoga Berjaya ya.. :>

      Padam