Pengsan!

Salam..

Eh?
Dah Jumaat dah? Camana bole jadi macam tu..?

MAcam baru semalam je update yg bobbin tu (isnin lepas); tetibe harini dah Jumaat..?
Wow!
Takotnya..

Dah dekat dah kiamat.. T__T

Untuk elakkan fitnah dajjal, korang baca Surah al-Kahfi ayat pertama hingga ke 10; serta 10 ayat yang terakhir pada setiap hari Jumaat..
Nak senang, korang print-out surah tu dan download mp3 dia; tengah2 buat keje ni korang pasang je..
Sambil-sambil tu ikot dia baca sekali sambil merujuk pada print-out tadi..

Itu la yang saya buat setiap Jumaat..
HAri lain pula suka buka surah Yasin dan al-Matsurat..
Biar terngiang-ngiang je kat telinga..

Yang terbaik ialah hafal surah al-Kahfi tu..
In shaa Allah, sama2 kita memohon perlindungan daripada-Nya..

Ada yang tanya saya camana nak buat dengan felt yang ada kesan lipatan atau renyuk?
Sayang la nak buang..

Memang ler sayang..
Felt bukan murah.. T___T

Senang je nak baiki masalah tu..

Korang on iron aka seterika; pastu buka ke function antara silk dan wool..
Adjust la mana2 yg sesuai..
Pastu iron je.. kejap je dah hilang renyuk..
Iron felt lagi senang dari iron baju tau..

Itu la keje kami setiap kali potong felt yg saiz ala-ala A4 tu..
Kalo tak iron, tak comel pula...

Harga barang semua dah naik..
Sakit kepala saya buat costing..
Bukan sikit2 naik tau..

Contoh la kan:

Dulu
Beli USD100
Convert ke RM; darabkan kepada 3.2 = RM320
Kos shipping = RM10
Jumlah = RM330

Kini
Beli USD105 (dah naik)
Convert ke RM; darabkan kepada 4.6 = RM483
Kos shipping = RM11 x 6% (GST) = RM11.66 (dah la naik, tambah plk gst)
Jumlah = RM494.60

Nampak tak banyak mana kenaikan..
NAik RM194.60
Woooo... Banyak tu...

Kalo korang check currency; harini USD1 = RM4.39
Tapi bila bayar kan, bank atau paypal akan darabkan kpd 4.6.
Saya pun tak tau kenapa camtu..
Tu la selalu silap bajet...

Selalu juga tgk kat fb orang ramai salahkan peniaga naik harga barang..
Minyak naik sikit je, harga barang naik melambung2..
Memang susah nak explain bila kita tak berada di tempat mereka..

Sewa kedai naik, tariff api naik, gaji pekerja naik setiap tahun,
Setiap bahan mentah dalam kedai naik kerana setiap supplier naikkan harga akibat kenaikan kos pengangkutan, sewa kilang/premis. tariff api, gaji pekerja juga.

Tapi akhirnya peniaga yang jahat..
Peniaga yang jahat tu pulak; tak kaya-kaya pun..
Kalo untung banyak mesti dah jadi jutawan peniaga yg dikatakan jahat tu..
Kesian kan..

Hahaha..
Cam saya ni..
Konon2 nak buka kedai (mula2 ni nk buka ofis dulu kot)
Tapi harga felt pun dah naik sebanyak RM1.80 setiap meter..

(bukan harga menjadi RM1.80 semeter ya; tapi naik RM1.80 bagi setiap meter. Contohnya sebelom ni RM10 semeter, sekarang tambah lagi RM1.80 semeter, maka jadi RM11.80 semeter..)

Bayangkan la 45meter segulung darab dengan 32 gulung..
Berapa ringgit kenaikan..

Memang pengsan!

NAmpaknya hasrat nak buka kedai kene hibernate lagi la..
Huuuu.. sedihnya... T___T

Wassalam...

p/s: ini bukan merungut. Cuma rasa sedih. Baru je nak rasa senang sket, dah saket balik.. T__T

إرسال تعليق

أحدث أقدم