Visi dan Misi 2018

Salam..

Selamat Tahun Baru 2018
2 tahun lagi nak masuk 2020.
Huuuu.. Rasa tua sangat 😃

Jom revised balik Visi dan Misi 2017
Berjaya atau tidak?

1. 100 entry untuk 2017 - alamak, tak cukup 😧

2. Giveaway setiap bulan -  tak buat pun... 😑

3. 7 projek kraf suka suki - Yay! Ada lebih dari 10 projek. Kebanyakannya crochet 😊
handmade craft
Antara projek kraf suka suki 2017

4. 3 video kat ASMA TV - Yay! Ada 16 video


Alhamdulillah..
Walaupun tak complete, ada la juga usaha tu. Hahaha..

Giveaway tu susah la nak buat.
Bukan susah apa...
Lupa!

Tahun ni nak buat juga ke Giveaway?
Takut karang rancang-rancang tak jadi juga..
Ke, nak rancang je. Jadi tak jadi lain kira.

Mungkin lebih sesuai buat giveaway kat IG.

Korang rasa camana..?
Erm...


Okay la..

Apa agaknya Visi dan Misi tahun ni?

Visi 2018

1. 100 blog entry

2. 12 video kat youtube channel

3. Giveaway Bulanan

4. 10 projek suka suki


Misi 2018

1. Schedulekan blog entry setiap Isnin dan Khamis. Kalau konsisten, dapat at least 96 entry setahun..

2. Sebenarnya dah lama plan nak upload video setiap hari Khamis. Ala-ala macam siaran televisyen la. Hohoho... Tapi kan, selalu takde idea nak buat video apa. Proses buat video ni pun teramat la panjang. Start dari rancang nak buat apa, setting kamera dan edit. Dengar macam senang kan.. Tapi penat wehhhh! Kalau takde kerja lain takpe la, bole fokus pada buat video sahaja. Nak out source pun duit tak berapa nak ada. T__T

Oleh itu, tahun ni nak cuba juga upload satu video setiap bulan.
Sabtu rakam video, Ahad edit video, Khamis upload video.
Kita cuba ek. Tengok menjadi tak..

3. Giveaway ni tak letak harapan besar. Namun begitu nak cuba juga la..
Apa kata kalau bulan Januari ni siapkan 12 hadiah untuk 12 bulan. Dan schedulekan giveaway kat IG. Set reminder dalam phone. 1hb announce GA, 15hb announce pemenang.
Okay tak..?
Nak bagi hadiah apa ek..?
Craft supply? Handmade?

4. Memandangkan tahun lepas berjaya. Tahun ni rasa confident sangat dapat berjaya.. (Amboi, terlebih konfiden pula nampak). 1 bulan 1 projek.

Itu sahajalah 4 visi dan misi.
Semoga berjaya kali ni..

Aaminn....

Korang pula?
Apa visi dan misi korang tahun ni..?


إرسال تعليق

أحدث أقدم