Alahan...

Salam..

Setelah 5 tahun menanti, akhirnya saya berbadan dua.
Yippi!!!
16 minggu mengandung
Saya dapat tau pada minggu ke-6.
Memang happy gila..

Yang tak happy ialah alahan. Hohoho..

Pada awal-awal mengandung saya letih gila macam orang bersukan.
Lepas tido, tido.. Lepas tido, tido cam takde kerja lain..

Lepas tu semua makanan yang masuk dalam mulut rasa tak sedap.
Makanan yang saya biasa makan tu dah takde selera nak telan.
Nak makan benda lain pula..

Alahan pada bau pun yer jugak.
Kalau masak malam-malam, saya tak larat betul bau dia..
Rasa nak mengamuk je..
Pastu bau perfume, sabun wangi pun sama juga.
Takleh bau.
Bau tu buat saya stress

Lepas 3 bulan, dah tak letih, tido pun tak banyak..
Tapi alahan bau tak hilang..
Alahan lain pula muncul.
Selalu rasa loya dan jeluak tapi tak muntah.

Yang paling pelik, gosok gigi pun boleh terjeluak.
Macam kelakar pula.
Sebelum ni tak pernah-pernah.
Saya naik takot pula nak gosok gigi.
Bayangkanlah, sekali gosok gigi, sampai terjeluak 5-6 kali.
Gosok gigi 3x sehari..
Hadoi... Penat sangat..

Makan dah makin okay, tapi takleh makan banyak..
Makan sikit-sikit je..
Kalau bungkus atau makan kat kedai, saya makan separuh je, separuh lagi suami habiskan..
Kesian dia..
Gemok la papa lepas ni 😂

Tapi kan, kalau tak makan, badan saya rasa banyak angin.
Lepas makan rasa mual pula..
Sapu minyak angin pun tak jadi apa..
Nak tido pun susah sebab badan rasa tak selesa dek angin.

Owh, satu lagi..
Sejak pregnant saya langsung tak berkraf.
Rasa tak berselera..
Order handmade pun semua saya tolak..
Kadang-kadang paksa diri juga amik felt potong-potong..
Pastu tolak tepi.
Taknak buat..

Mungkin baby ni lelaki kot..
Dia nak aktiviti lain macam main bola sepak ke, sepak takraw ke, fishing ke..
Hahaha.. Ye la tu...

Semoga baby ni lahir dengan selamat dan cukup sifat zahir dan batin.
Doakan saya ya kawan2 😄

Wassalam

P/S : App dalam gambar tu bernama Pregnancy Week by Week. Logo dia warna hijau dan sepasang tapak kaki putih. Banyak info dan advice berkenaan pregnancy dalam tu.

إرسال تعليق

أحدث أقدم