Granny Square Untuk Projek Amal

Salam.

Saya join satu projek amal tau. Dorang nak kumpul granny square banyak² kemudian cantumkannya jadi selimut lalu disedekahkan kepada refugee untuk musim sejuk nanti.

Bila tau pasal projek amal tu, excited giler nak join.

Design dorang bagi. Ada beberapa pilihan tapi saya buat yang senang² je.

Jom tengok granny square yang telah saya siapkan setakat ni :


Ni warna yang paling saya suka setakat ni. Inspirasi dari warna unicorn. Comel kan...






Setakat ni saya dah siapkan 19pcs granny square. Target nak buat 100 keping sebelum ogos ni.

Kalo buat 3 keping sehari sempat kot, tapi setakat ni 2 keping je mampu. 3 keping tu dapat kalo pakasa siri, tapi penat badan.

Bukan penat apa, sambil layan anak kecik ni kan.

Budak kecik ni tak bagi mama pegang jarum, pegang phone. Dia suruh pegang dia aje.....

Okay,
Buat granny square design yang saya pilih ni senang je rupanya. Cuma yang tak sennag ialah nak paatika a saiz dia 5 inci. Saya selalu dapat 4.5 inci. Terpaksa alter balik. Tu yang macam lambat je siap.

Saya guna benang minlon. 
Benang minlon ni masalahnya setiap warna dia tak sama tekstur dan saiz benang. Memang mencabar nak siapkan.

Dorang suggest benang nona, tapi kat tempat saya takde pulak benang tu. Ushar online tapi rambang mata nak pilih warna apa. Oleh itu saya guna dulu la benang yang ada ni. Nanti mood datang baru shopping benang.

Benang yang ada.

Okay la. Nak sambung buat granny square ni. 

Sape nak join projek ni, bole email atau wasap saya. Nanti syaa forwardkan infonya.

Wassalam..

إرسال تعليق

أحدث أقدم