Kopiah Kait

Salam.

Sambil-sambil buat granny square untuk projek amal, sempat gak selit beberapa projek lain untuk menghilangkan kejemuan.

Tak tahu la korang camana..
Tapi saya memang cepat jemu bila hadap benda yang sama berulang-ulang.

Haritu adik saya ada request kopiah untuk putera kecik dia tu. Di kesempatan ini, saya pun try la buat. Dia nak kaler oren.

Selepas sehari suntuk mengait (bukan sepenuh masa la, ada baby kecik kan. Most of the time layan dia je la keje saya), akhirnya siap pun.

Comel tak kopiah ni? 
Try pakaikan kat anak.

Buat yang simple-simple je

Ni saya buat utk saiz kanak-kanak.
Tapi macam mana baby pun bole muat ni?
I is confuse.

Ni mesti sebab saiz benang dan saiz jarum.
Takpe, kalo dia tak muat pakai ni, saya akan buat lain.

Sebenarnya ni percubaan yang kedua.
 Percubaan pertama ntah hape² jadinya.

Ini la percubaan pertama.
Apa bendanya ni...?

Diagram ni dikongsi oleh ahli group mengait juga. Rupa² nya tak jadi kopiah. Jadi alas pinggan pulak.
Hahahahaaa..

Tapi penat mengait sampai jadi sebesar ni. Sekali memang salah pon.

Masa buat separuh tu dah rasa lain dah, tapi teruskan juga kot² lepas siap jadi ok. Rupanya tak.

Apapun, rasa hepi kerana berjaya buat walaupun sangat berhempas pulas.

Lepas ni nak buat kopiah untuk baby pulak.

إرسال تعليق

أحدث أقدم