Terharu

Assalamualaikum..



Sebenarnya saya rasa terharu...
Dah lama sangat saya tak update apa-apa kat blog, website dan social media.

Ni bukan sebab malas ke apa, tapi memang tak sempat.
Semangat nak berproduktiviti ni berkobar-kobar, tapi komitmen pada anak tu lebih penting.

Kadang tu saya rasa nak hantar je baby ni ke pengasuh dari pagi sampai petang.
Dapat la saya buat macam-macam kerja yang terbengkalai dan aktifkan semula asma-felt-box ni.
Dalam pukul 5 camtu, amik baby dari pengasuh dan guna masa malam saya sahaja untuk bonding dengan baby,

Tapi tak bole tak bole.
Tak sampai hati nak berpisah.
Walaupun baby ni annoying sangat (hahaha.. apa ni? apa ni? mak apa macam ni?) tapi dia la satu-satunya baby yang saya idam-idamkan sejak 6 tahun lalu.
Saya sendiri nekad nak jadi suri rumah dan work at home mom semata-mata nak jaga anak.
Bila dah betul-betul dapat anak nak bagi orang lain jaga pulak.

Tak bole tak bole..

Dak Farid dah 13 bulan, gigi 8 batang yang tajam dan kecik, belom pandai berjalan.
Uiii... Penat tau.
Dia baby fully breastfeed, jadi dia punya manja tu lain macam.
Tak bole tengok saya berdiri, terus je dia berdrama swasta.
Punya la kuat suara macam kene dera.
Padahal mama berdiri je kot..
Haiii, anak anak...

Nanti dah pandai berjalan nanti maybe saya akan makin penat.
Ni pun rasa cam nak kemurungan je dia punya penat.,
Nanti masuk fasa berlari, memanjat, amik barang tajam, buka almari semua, tak tahu la camana hidup saya. Hahahaha
Sungguh menakutkan bila fikir balik.

Appaun, fasa menderita hanya beberapa tahun je kan..
Nanti dia start berkawan, takde la melekat macma sekarang.
Time tu kita pulak yang rindu kat dia.
Betul tak..

Eh..

Saya belom bagitahu lagi kenapa saya rasa terharu....

Saya rasa terharu kerana walaupun saya tak update apa-apa, tapi alhamdulillah order hari-hari masuk.
Order bahan kraf je la. Handmade memang dah lama tak buat.
Walaupun tak sebanyak dulu, cukup la untuk keperluan bulanan saya.

Itu la sebabnya saya buat video pendek di atas tu haritu.
Nak menaip tak bole, nak tangguh karang tangguh sampai sudah.
SO, buat video je la..

Terima kasih banyak-banyak kawan-kawan kerana sentiasa support bisnes kecik saya sejak 2010 ni.
Saya sangat hargainya.



إرسال تعليق

أحدث أقدم