Rebranding?

Salam.




Sekitar pertengahan 2019, saya rancang nak rebranding asma-felt-box.

Sebabnya, saya dah buat kraf lebih dari sekadar kain felt. Saya buat pixel art, shrinkles dan terbaru dan paling banyak, crochet.

Jadi nama asma-felt-box tu nampak macam dah jauh je dari aktiviti² terkini yang saya lakukan.

Dah jumpa dah nama baru dan ingat nak launch 2020. Tapi bila makin dekat dengan 2020, rasa makin sayang pula nak lepaskan asma-felt-box. Rasa cam dah sebati sangat.

asma-felt-box bermula pada tahun 2010. Saya tengah cari nama untuk blog ni. Memandangkan saya tak kreatif bab nama, saya letak Asma's Felting Box yang bermaksud Asma punya kotak felt. Time tu barang kraf saya sikit sangat, saya taruk dalam kotak.

Disebabkan panjang dan susah nak buat tanda ' kat url, maka dipendekkan asma felt box yang macam salah je grammar tu.

Dan nama tu kekal sampai sekarang.

Tinggal sebulan lagi nak masuk 2020. Perasaan sayang pada nama asma-felt-box tu makin menebal.

Lagipun seo dia dah lama sangat dalam Google, nak tukar tu cam riaky la juga kan.

Saya ingat saya nak kekalkan je nama asma-felt-box, walaupun saya lebih aktif mengait sekarang. Kadmag saya takot orang keliru dengan nama tu. 

Ntah la.

Nak kekal ke, nak tukar?
Nak kekal ke, nak tukar?

إرسال تعليق

أحدث أقدم