Mengait Alas Meja Bintang : crochet

Salam.

Saya alami keguguran di bulan puasa. Tu yang tak fikir pasal raya pun.

Apapun, sempat juga la tempah baju raya sedondon untuk melaram di pagi raya. Baju untuk ambik gambo je pun hantar kat famili.

Beberapa hari sebelum raya baru terfikir nak buat sesuatu untuk raya.

Maka jadilah ini :

Alas meja raya bintang crochet

Warna sama dengan baju raya.
Suka la warna ni.
Coraknya pun saya suka.

Sebenarnya saya nak buat besar lagi, tapi cik abang cakap dah ok dah besar ni. Saya konfius pulak, ok ke besar ni? Macam kecik je...

Dah cik abang dah suka, saya pun stop je la. Taruk kat meja makan.
Tapi hari pertama dah kene sambal
Hahaha.. Saya pulak tu yang buat.

Mula-mula nak biar je stain tu kat situ, tapi macam sakit mata pulak (kita kan yang penat-penat kait, memang la terasa). Saya pun pergi cuci. 

Cucinya pun senang je rupanya. Sapu sabun pinggan sikit pastu biar kejap dan bilas. Pastu sapu sabun mandi pula. Biar kejap dan bilas. Bersih terus.

Tak gosok-gosok. 
Tak berus-berus.
Tak gonyoh-gonyoh.
Sapu je.

Alhamdulillah, bersih.

Ni pandangan dari atas

Buatnya pun senang je.
Guna magic ring dan double crochet je. Cuma jenuh je la nak menyiapnya sebab dia jenis padat.


Mula-mula tu kan, masa dia saiz macam ni, saya rasa syok juga jadikan alas pinggan crochet. Cantik ke dia terletak. Tapi kita nak buat alas meja crochet, kene teruskan juga.


Pastu bila dah jadi macam ni, betul-betul rasa nak stop. Geram je tengok sweet sangat. Tapi kene fokus. Nak buat alas meja crochet!


Bila dah besar macam.ni, nampak cantik pula buat alas kerusi kereta crochet. Alahaiiiii...

Tapi kan, cik abang pulak taknak.
Hurmm, ye la ye la.
Dah pandai melawan dah dia sekarang ni (sejak² jadi ayah ni. Hohiho)

Maka jadi la macam gambo pertama tu.
Itu pun siap pada raya kedua.
Haha. Lambat pula.

Kalau nak tempah alas meja tu, bole je. Tempah kat asma-felt-box.com tau. 
Dalam 2 minggu selepas buat bayaran, saya akan pos.

Wassalam







إرسال تعليق

أحدث أقدم