Crochet Journey : July Work in progress

Salam...

Bulan july ni agak celaru sikit.
Tapi saya berjaya kembalikannya kepada normal semalam. Huhuu..

Nak update sikit pasal work in progress untuk bulan July.

Sebenarnya memang celaru sangat sampai tak tahu nak start buat apa, nak siapkan keje apa dll.

Maka, saya tulis post ni untuk susun balik kerja yang terbengkalai (dan yang belom mula) dengan hasrat dapat kembali landasan yang betul.

Bulan July ni ada 3 projek yang saya kene buat, iaitu:

1. 10 helai mafla projek amal syria

Baru siap 1. Huhuuu

Kisahnya projek selimut dianjakkan ke akhir July. Saya pun cepat-cepat buat sehelai selimut dengan harapan dapat la hantar 1 helai kali ni.

Tiba-tiba team leader bagi berita tergempar iaitu negara tu tak terima pakaian terpakai akibat pandemik yang melanda dunia. Maka NGO minta kami buatkan mafla 1000 helai dan beanie 1000 helai untuk bagi kat pelarian tu memandangkan musim sejuk dah dekat, mereka pula tak dapat terima pakaian.

Saya pilih untuk buat 10 helai mafla. 

Target bulan ni nak siapkan 7 helai.

Tarikh akhirnya ialah pada 25 Ogos. Minta-minta la sempat.

2. Cadar Granny Square Berbunga


Tetibe rasa nak hadiahkan sesuatu kat mak mertua. Nak bagi alas meja ke, pelapik pinggan ke, cadar ke?

Akhirnya pilih alas cadar.

Tak pernah buat cadar dan memang projek ni besar sangat-sangat.
Ntah bila nak siap.

Saya guna benang milk cotton. Warna ni pun amik yang mana ada je. Lawa juga kombinasi kaler tu kan.

Nak buat queen size.
Kalau diikutkan kene buat 80 keping granny square. Pastu border dia pun tebal sangat. 

Ni baru siap 3 keping.

Target nak buat 10 keping bulan ni.

3. Alas meja


Ni first time tau guna benang halus.
Takde la halus sangat rapi halus la bagi saya.

Benang Minlon Poly kaler baby pink.

Sebelum ni ada try buat, guna jarum saiz 1mm (rata-rata crocheteer otai kata mereka guna saiz 1mm), tapi ya Allah susah betul.

Saya pun merajuk dan simpan benang tu jauh-jauh.

Harini amik balik benang tu dan try kait dengan jarum saiz 2mm.
Eh, sedap pulak mengaitnya.

Betul la, lain orang lain keselesaan saiz jarum.

Alas meja ni baru siap 10 rows.
Ada lagi 20 rows.

Yang ni takde target.
Kait bila rasa nak kait je.

Itu la 3 work in progress projects untuk bulan July. 

Sebenarnya saya plan nak crochet sehelai selimut bayi setiap bulan.
Tapi projek amal tu nak urgent pula.
So, kita skipped la bulan ni.

Semoga saya kekal produktif!

إرسال تعليق

أحدث أقدم