Masa untuk kembali aktif?

Salam

Anak saya dah nak masuk 2 tahun. Nampaknya dia pun dah mula berdikari, bole main sendirian, bole tinggal kejap-kejap.

Jadi dah sampai masa saya aktif kembali berniaga. 


Aik, tak aktif ke selama ni?

A'ah, dah dekat 3 tahun tak aktif awak. Semenjak saya mengandung, sampai la sekarang.

Walaupun jual beli berjalan seperti biasa, tapi saya dah tutup whatsapp, tak promote, tak update blog dan jarang sangat-sangat update media sosial.

Tujuannya macam saya bagitahu sebelum ni la. Nak fokus pada anak. Dan nak elakkan dia nampak saya banyak hadap phone. Takot dia pun nak hadap sekali lalu addicted (macam saya. Hohoo)

Saya pakai phone ni pun masa dia tido atau masa dia ralit dengan mainan. Itu sebab saya tak dapat reply whatsapp cepat-cepat. 

Kadang customer nak borak lama, tapi saya tak bole lama. Anak dah merengek nak rampas phone. Akibatnya customer tertunggu-tunggu saya reply. Rasa tak baik pula macam tu.

Sebab itu la saya tutup whatsapp dan cuma berurusniaga dia website asma-felt-box sahaja. Setiap hari saya check order, packing dan pos. 

Memang hasil jualan kurang memberangsangkan, tak seperti jualan melalui whatsapp sebelum-sebelum ni, tapi saya kene korbankan sesuatu (duit) untuk sesuatu yang lebih utama (anak).

Memang berat juga nak korbankan duit dan customer, tapi dalam hidup ni kita tak mampu dapat semua. Saya pun pasrah je la. Huhuuu...

Kadang nak je hantar anak ke pengasuh supaya saya dapat fokus berniaga. Petang baru amik dia dan jaga dari petang sampai malam je.

Kalo ikot logik matematik, dengan mengupah pengasuh rm300-400 sebulan, saya dapat berniaga dan jana rm7000 sebulan. Better hantar je ke pengasuh kan..

Tapi itu la...

Bila dah jadi mak ni, saya bukan ikot sangat logik matematik. Ikot naluri keibuan je. Untung rugi malas kira. Yang penting dapat jadi mak kepada anak.

Saya punya naluri keibuan ni extreme juga la sampai saya rasa nak stop je niaga, buang seme barang niaga yang ada dalam rumah ni dan hias rumah ni sebagai tempat tinggal sahaja tanpa ada tanda-tanda orang berniaga di dalamnya.

Tapi bila ingat balik kene bayar pembiayaan kereta ayah dan nak shopping-shopping barangan kehendak (iaitu barang yg bukan berfaedah sangat pun, saje je gelepor nak beli), saya cepat-cepat waras dan terima la hidupku sebagai isteri, ibu dan peniaga online dari rumah.

Pasal rumah tu, bole je sewa kedai tingkat atas untuk dijadikannya ofis dan taruk seme stok kat situ untuk urusniaga online.

Tapi saya ni pulak malas nak keluar rumah pegi ofis. Hahaha. Hadoi, teruk betul perangai.

Saya ni nak work at home. Bila fikir tentang pergi ofis hari-hari, rasa malas betul la. Nak buat keje kat rumah.

Saya bajet bulan 10, untuk kesekian kalinya ni saya akan cuba aktifkan kembali  asma-felt-box. Walaupun tak mampu kot nak seaktif zaman muda remaja dulu, dapat aktifkan whatsapp pun dah ok dah.

Wish me luck ya.

Wassalam...




إرسال تعليق

أحدث أقدم