Salam...
Alhamdulillah. Projek mafla untuk refugees sempena musim sejuk nanti telah selamat dipos.
Cantik kan warna dia bila dah banyak-banyak macam ni.
Saya cuma mampu siapkan 6 helai je.
Walaupun sikit, tapi saya bangga dengan usaha saya memulun walaupun terpaksa curi-curi masa mengait sambil melayan toddler tercinta.
Dak Farid tu pandai tau.
Masa saya baring tak buat apa-apa sebelah dia, pandai dia main sorang-sorang.
Bila saya pegang je jarum dan benang, mula la nak itu la, nak ini la, merengek la, nak dukung la, nak air la, nak beriba la.
Kadang tu saje je datang tampar muka saya.
Dah ler kuat pulak tu tamparan babynya.
Sabar je la....
Itulah sebabnya 6 helai mafla ni dah cukup banyak bagi saya.
Haritu nak sangat buat mafla yang ketujuh. Namun hasrat itu dibatalkan. Ada tempahan mask extender versi merdeka yang perlu saya siapkan.
Saya nak siapkan cepat-cepat supaya semua bole melaram semaksimum yang boleh. Huhuuu
Okay
Ada 5 hari lagi sebelum tamat bulan Ogos. Saya ada satu work in progress selimut baby.
Cantik kan.
Try buat jenis berlubang-lubang pula.
Saya nak cabar diri sendiri untuk siapkan selimut tu sebelom bulan Ogos ni berakhir.
Kalau cabaran ni berjaya, maka saya berjaya buat Selimut Baby Ogos!
Mintak² la sempat siapkan.
Perancangan awalnya, setiap bulan target nak buat satu selimut baby ready made untuk dijual.
Dah siap dah sehelai (bulan jun kalau tak silap), tapi belom sorokkan benang lebihan pada selimut tu.
Tu yang tak jual-jual pun lagi.
Proses sorokkan benang ni agak berat la bagi saya. Kene cari jalan juga camana nak sorokkan benang sambil² mengait.
Ada ke caranya?
Time semangat nak marathon selimut baby, time tu la muncul projek mafla. Jadi saya kiv kan dulu seme projek dan fokus pada mafla. Fokus² pun dapat 6 helai je :( .
Tapi sambil-sambil tu saya buat juga mask exrender versi merdeka dan mask extender biasa.
Pastu sempat pula buat video youtube cara-cara buat mask extender merdeka tu.
Rajin kann...
Diharap bulan Ogos ni siap sehelai selimut baby sebagai penutup bulan Ogos.
Chaiyuk²!