Imbas Kembali 10 Tahun Niaga Online

Salam.

Saya menghadapi masalah forwarding domain saya ke website baru (third party).
Ya, memang. Tiap kali tukar website mesti ada je masalah kan.

Apapun, saya takmo cerita pasal masalah tu.
Nak citer pasal lain.

Disebabkan url asma-felt-box.com tak dapat redirect dengan elok (ntah la sebab apa. Selama ni guna woocommerce, opencart, easystore, ok je) maka saya dapat banyak sangat broken link kat blog ni.

256 broken links kesemuanya...

Haiyaaaa

Selepas cuba cari jalan penyelesaian yang tak makan masa, akhirnya saya decide untuk guna url satu lagi yang saya simpan tapi buat pekasam je. Huhu

asmafeltbox.com

Saya ada citer kisah url ni kat sini : https://asma-felt-box.blogspot.com/2014/10/tutorial-cara-beli-barang-di-website.html

sini : https://asma-felt-box.blogspot.com/2015/02/website-saya-hilang.html

dan sini : https://asma-felt-box.blogspot.com/2018/09/bina-e-commerce-baru-2019.html

url ni saya subdomainkan kepada shop.asmafeltbox.com untuk replaced kesemua broken link yang berkaitan. 256 tuuuu.. Bila agaknya nak siap? T__T

Sambil-sambil fixing ni, saya terbaca la juga sedikit sebanyak coretan saya zaman muda-muda dulu. 10 tahun tu...
Comel betul bahasa saya dulu kan. Macam kanak-kanak ribena je bahasanya.

Saya dapat rasa aura excitement tu dan banyak juga frustration menghadapi karenah orang.
Kebanyakan masalah datang dari orang lain, tapi saya yang kene menanggungnya.

Yang paling ketara ialah saya terimbas kembali pada zaman tu, dimana takde lagi smartphone dan blog adalah satu-satunya saluran untuk marketing online. 

Teringat balik usaha saya amik gambar produk dengan hasil yang paling elok yang sangat makan masa. Kemudian edit pula bagi warna tu tepat. Kemudian rename nama gambar dan baru la tulis blog.

Hampir setiap post saya buat dengan teliti. Penat
Namun begitu hasilnya berbaloi.

Sejak mengandung, saya dah tak aktif online sampai la sekarang.
Tapi jualan tak putus-putus.Walaupun perlahan, tapi tak putus.
Alhamdulillah.

Kadang orang tanya camana saya buat, camana nak jual secara online?

Saya tak bole nak jawab. Sebab zaman dah berubah. Teknologi pun dah berubah.
Ilmu yang saya tahu ni dah oudated. Dah tak relevan lagi.

Hasil yang saya dapat kini adalah apa yang saya tuai sikit-sikit tapi konsisten sejak 10 tahun lepas.
Bukan baru buat semalam.

Sekarang saya tak mampu dah.

Selain komitmen dengan tugas sebagai ibu dan isteri, excitement saya pun dah tak macam zaman muda-muda dulu.

Mungkin perubahan fasa. Kita manusia pun berubah.
Mungkin saya perlu ikot je laluan fasa ni dan tak perlu paksa diri untuk jadi se-produktif dulu.

Dulu bujang kan.
Dapat fokus.

Sekarang dah berkeluarga, banyak pecahan tugasnya.
Just go with the flow.

Okay la, saya nak sambung balik fixing semua broken link ni.
Dalam sebulan lagi in shaa Allah siap.

إرسال تعليق

أحدث أقدم