Hadiah Baby : Selimut Kait Simple

Salam.

Masa saya mengandung haritu, adik ipar saya pun mengandung juga tau.

Dia due sepatutnya dua minggu selepas saya due. Tapi babynya lahir seminggu lepas due. 
Maksudnya 3 minggu lepas saya bersalin.

Cam berbelit je ayat.

Saya nak bagitau yang pada ketiga saya mengandung minggu ke-38, tetibe saya rasa nak sangat kait sehelai selimut untuk baby dia.

Tapi saya dah 38 minggu, bila-bila masa je bole bersalin ni. 
Sempat ke tak ni?
Sempat ke tak ni?

Akhirnya saya decide nak kait juga sehelai selimut. Sempat tak sempat pun, tawakal je...

Fikir punya fikir design apa yang mudah dan cepat siap?

Akhirnya saya buat design paling simple dalam dunia.


Dengan menggunakan 3 warna benang yang dah ada dalam koleksi, saya kait double crochet dari awal sampai akhir.

Jalur tu random je.

Border dia pula saya kait single crochet dua baris.

Tu je la..

Zoom sikit...


Cantek kan..
Sebenarnya saya tak expect dia lawa camni.
Ingat biasa² je. Maybe faktor warna juga.


Ni border dia.

Saya kait dengan pulun dan berjaya siapkannya dalam 7 hari.

Bangga sangat.

Tapi geram takleh pos dulu.
Kene tunggu baby keluar baru pos.

Pastu takleh juga update kat social media sebab nak bagi surprise. Memang merana kejap simpan rahsia ni.

Masa pos selimut ni siap balut dalam pembalut hadiah lagi.

Pastu kan encik suami spoil dengan tulis "nama item : selimut" kat borang poslaju.

Alahai, cik abang... Kenapakahh.


Apapun, dorang happy dapat hadiah yg tka seberapa ni.

Alhamdulillah ❤️

إرسال تعليق

أحدث أقدم