Life Updates

Salam



Kisahnya lama giler tak buat content kat mana² pun sebab sebok jadi mak kepada dua anak. Sebenarnya bole je nak bahagikan masa, tapi taknak. Hahaha. Nak spend masa ngan anak je. Apapun memang saya mengait dan melukis cuma tak amik gambo dan tak upload untuk tatapan umum. Lebih kepada craft untuk keseronokan sendiri je. 

Berita buruk pun ada la sikit. Nak dengar ke? Hahaha. Berita buruk pertama jualan kat shopee dah zero. Lama dah zero. Dah dekat setahun kot zero. Memang takde sales. Memang dah nampak dah graf menjunam. Tapi memang takde effort pun nak menyelamatkan kedai sebab apa ek, sebab sebok ngan anak. Hahaha. Orang lain ada anak gak. Bole je buat keje. Kau dah kenapa sampai tak bole buat apa² tu dengan alasan anak. Tapi memang. Memang taknak buat apa² sebab nak tengok anak. Maklum la anak kita cute. Tak bole tak tengok, kene tengok gak sebab cute macam kita 🤭. Kedai tu pun memang dah kene tutup dah, dah takde orang masuk, tapi sayang jadi kita buka je la walaupun memang takde orang masuk. 

Berita buruk kedua, tangan kiri masih sakit. Macam yang saya ceritakan sebelum ni, saya rest lama giler demi recovering balik tangan ni tapi bila mengait jadi balik sakitnya. Jadi kene selalu la rehat, takleh pulun mengait macam biasa. Namun begitu, beberapa bulan lepas saya realized yang kesakitan saya ni sebenarnya berpunca daripada lifestyle saya yang tidak sihat ni. Saya gemuk, suka makan fastfood, tak beriadah, asyik duduk je macam potato couch tak pun baring macam mak kucing. Sakit tangan kiri ni mungkin berpunca dari situ. Pastu saya mula ubah lifestyle. Setiap hari saya berjalan selama 30 minit, stop minuman bergula, kurangkan fastfood (makan juga sebulan sekali), minum air masak banyak dan tak snacking lewat malam dan didapati kesakitan tangan kiri saya ni berkurangan dengan drastik. Walaupun badan tak kurus pun 😑 tapi saya rasa lebih sihat dan bertenaga berbanding sebelum ini. Sekarang saya usaha berjalan 8k steps setiap hari dan aerobik untuk lembutkan sendi. Sepatutnya saya kene buat weight training juga, tapi tak pandai. Takpe la itu nanti-nantikan la ye. Start minggu lepas juga saya mula amik multivitamin, minum dark chocolate, jamu kewanitaan dan arabic gum (arabic gum ni dah start 3 bulan yang lepas). Puncanya ialah saya selsema dan batuk lagi. Saya ni asyik selsema atau batuk boleh dikatakan setiap bulan. Apa puncanya pun saya tak tahu. Puncanya mgkin anak yang sekolah tu kot bawa penyakit balik rumah. Masalahnya saya la orang yang paling teruk sakit dan paling lambat sembuh. Bulan lepas saya batuk sampai berdarah tau. Doc ingat tibi, naseb baek lepas check semua ok. Bulan ni batuk pulak. Tu sebab saya nak improve antibodi dengan amik multivitamin, jamu dan dark coklat tu. Ikhtiar untuk kuatkan imun. Arabic gum tu pula amik sebab saya kene pedih hulu hati 3 bulan lepas. Lepas amik arabic gum tu dah takde dah pedih hulu hati. Tapi kalau stop makan nanti dia jadi balik pedih hulu hati tu. Jadi teruskan je makan. Maybe kene amalkan setahun kot baru badan ni pulih balik. Okay. Haha. Panjangnya citer. 

Berita buruk ketiga pula ialah website saya hilang. Hahahahaha. Kalau korang ikuti saya sejak 2010, pasti korang tahu website saya asyik hilang je. Cuma bezanya kali ni saya ada backup tau. Namun kali ni saya tak pakai backup tu sebab memang tak jual craft supply dah. Felt semua dah tak restock, butang ada banyak lagi saya dah packing kemas2 simpan dalam kotak, craft supply lain pun sama. Semua dah simpan dalam kotak. Tahun depan in shaa Allah kami pindah rumah dan rumah baru tu memang kecik dan takde ruang dah untuk bilik kraf. Nampaknya dari asma-felt-BOX hingga jadi asma-felt-ROOM kini kembali menjadi asma-felt-BOX semula. Rumah baru tu 3 bilik. Bilik papa mama, bilik boy dan bilik girl. Takde la bilik kraf. Sob sob sob. Namun begitu kita tengok la nanti kat mana bole dijadikan ruang kraf. Maybe kat celah dapur ke, atau convert bilik mandi jadi craft room ke, atau kat buat khemah kraf kat beranda ke, ataupun kita tambah dinding buat bilik kraf. Bende bole buat. Huhuhu. 

Buat masa ni mmg tak aktif menjual. Saya cuma berkraf bila lapang je. Nanti rajin saya snap gambo ok.

Wassalam.

إرسال تعليق

أحدث أقدم