Life Begin at 40

Salam


Selamat datang 40.
Aiii.. camana bole hidup sampai 4 dekad ni?
Cam tak caya je.
Cam sekejap je.
Tapi bila fikir balik, memang lama juga la saya hidup.
Kalau kene mula balik sekali lagi, tak sanggup la. Sebab lama tu 40 tahun. Macam-macam kepedihan kulalui.
Kegembiraan ada juga la, tapi kepedihan yang banyak.

asmafeltbox pun dah masuk 14 tahun.
Saya pun tak tahu nak kuburkan ke tak asmafeltbox ni.
Nak aktifkan balik, asyik tak buat.
Nak kuburkan, sayang.

Sebenarnya dah lama nak rebranding nama baru memandangkan saya dah buat macam-macam craft iaitu crochet, pixel art, menjahit dan melukis. Nama FELT kat tengah tu dah macam tak relevan. 

Yang buat sayang nak tukar sebab nama asmafeltbox ni dah lama duduk dalam internet dan capaiannya dah jauh. Content pun dah banyak. Kalau tukar nama karang tenggelam pulak dalam internet ni. 

Tapi tu pendapat saya je. Tak tau la betul ke tak sangkaan saya ni. Maka kekal lagi la nama ni walaupun takde aktiviti pun buat.

Anak sulung dah masuk tadika, anak bongsu masuk 3 tahun. Tahun depan dua-dua sekolah in shaa Allah, maka saya ada masa setiap pagi untuk aktifkan semula hobi dan bisnes kecik ni.

Tapi pagi sebenarnya banyak keje juga. Kemas rumah, sidai pakaian, masak tengahari; tetibe dah tengah hari, kene amik anak sekolah. Pastu layan anak makan, main, bercakap etc sampai la malam. Nak aktifkan asmafeltbox kut mana pun tak tau la.

Tiap-tiap tahun merancang, tapi tak pernah berjaya buat.

Apapun saya enjoy life sebagai mak n surirumah ni. Suka juga la hidup yang fokus pada development anak dan membahagiakan suami. Cuma bila takde duit sendiri ni rasa tak syok nak beli benda-benda merepek. Rasa bersalah guna duit suami beli benda-benda macam keychain kakashi atau dvd citer jepun.

Cakap pasal dvd citer jepun, saya ada hobi baru iaitu menonton citer jepun. Sebenarnya bukan sebarangan citer jepun. Awalnya saya obses dengan Hiroyuki Sanada bila dapat tau dia la ninja yang saya duk angau masa kecik-kecik dulu. Bila dapat tau je dia, terus saya tonton citer lakonan dia termasuklah citer zaman dulu-dulu. Disebabkan susah nak jumpa kat online, ada la yang saya jumpa dvd kat marketplace. Saya pun beli la mana-mana yang jumpa tu. Dah kumpul tapi tak tengok-tengok pun lagi.

Selain tu hobi baru saya juga ialah mewarna dan saya nak try painting. Ntah la kan. Saya ni dulu belajar di sekolah yang fokus sains. Seni langsung la tak belajar. Subjek pendidikan seni tu lebih kepada asal ada je. Cikgu masuk suruh lukis daun, kitorang lukis la pastu semua dapat A. Next week cikgu suruh lukis haiwan pastu semua dapat A. Camtu la pendidikan seni saya. Bila dah dewasa ni baru tau budak-budak sekolah lain belajar seni sikit punya seni lagi. Cikgu dia ajar guna water color camana, oil painting camana, perspektif, shading, highlight semua. Aku ni tak tahu pun apa benda semua. Jeles tau. Sekarang baru nak belajar balik lukisan-lukis. Tapi memang buruk sungguh lukisan saya, tu yang taknak tunjuk tu. Apapun masih belom terlambat untuk belajar apa-apa ilmu. Betul tak..

Owh lupa pula update, azam tahun lepas nak buat 100 kraf kan. Hasilnya gagal buat 100 tapi berjaya buat 75. Bole tahan juga kan. Stop tu pun sebab sakit tangan sebenarnya. Sakit bukan sikit-sikit. Sakit sangat.

Itu sebabnya saya buat hobi lain pula. Saya melukis dan mewarna bersama anak-anak. Tapi melukis saya sangat tak bagus. Maybe saya patut stop je melukis. Memang terlampau buruk. Saya nak cuba painting dan mungkin paint sesuatu yang abstrak supaya kalau buruk pun sebab seni. Haha ye ye je aku.

Rumah baru dah siap. In shaa Allah bulan depan pindah masuk.

Jadi kebarangkalian yang tinggi saya tak jual dah bahan kraf. Sebab rumah baru tu kecik je, takde tempat nak letak barang kraf. Bilik ada 3; kami suami isteri, anak lelaki n anak perempuan. Bilik stor pun takde. Apapun, saya ada plan lain untuk asmafeltbox. Cuma tak tahu mampu buat ke tak. In shaa Allah tak mampu banyak, mampu sikit. Betul tak. 

Wassalam 

إرسال تعليق

أحدث أقدم