Kelakar kan...

Salam...

Kelakar kan, bila orang yang kita sayang cakap hobi yang kita buat ni hanyalah sampah...
Kelakar kan, bila orang yang kita sayang gelakkan usaha kita menukarkan hobi kepada bisnes...
Kelakar kan, bila kita bagitau orang yang kita sayang bahawa kita nak pasarkan produk ni kat Pasar Tani kemudian dia buat muka cam kita ni sedang buat lawak senario...
Kelakar kan, bila orang yang kita sayang suruh kita lupakan PROJEK SAMPAH kita ni dan suggest kita handle PROJEK POKOK KENAF 50 EKAR, PADAHAL KITA TAK SUKA SANGAT2.....
Kelakar kan, bila kita minta orang yang kita sayang promosikan kedai online kita ni dengan letakkan link dekat wall FB dia, pastu dia kata, "TOLONG JANGAN MEMALUKAN SAYA."
Kelakar kan, bila orang yang kita sayang kata, "AWAK BUAT LA BISNES COMEL AWAK TU. NANTI NAK BAYAR KERETA PUN TAK LEPAS. HAHAHAHA..."

Kenapa kelakar.....
Kelakar sebab saya baru je start 4 bulan lepas...
Kelakar sebab bulan pertama saya dapat RM3.00
Bulan kedua dapat RM12.00
Bulan ketiga dapat RM220.00
Bulan keempat dapat ZERO...
Kelakar sebab saya duk pulun menjahit sampai bertimbun2, surf tenet smpai tak tdo mlm, tiap2 hari doodle nak cari pattern baru, tapi takde pun orang nak beli....
Kelakar sebab ntah sape ntah bodo sangat nak beli benda alah ni... Kat kedai lagi menimbun... Lagi lawa lagi murah...
Kelakar  kan...

Kalau kelakar, kenapa muka saya merah dan air mata saya jatuh....

Wassalam....

P/S: CRAFT I'VE MADE TODAY is MENUKARKAN DIRI SAYA MENJADI SEORANG BADUT UNTUK DITERTAWAKAN.. It's a Masterpiece...

Cari Blog Ini