Salam...
Pergh...
Akhirnya siap...
Inilah puisi (haha... layakkah dipanggil puisi) yang saya buat sempena nak join contest sorang blogger merangkap kawan baru ku...
Pelikkan...
Saya tak penah buat puisi seumur idup ni, tup tup nak join contest puisi pulak...
Dalam setengah jam jugak la termenung depan lappy ni nak cari idea...
Memang la...
Puisi tu pun saya tak tau apa...
Hahaha... Gelak la guling-guling....
Sebelum buat puisi mesti la cari "APA ITU PUISI"
Puisi ialah karangan berangkap yang terikat kepada bentuknya yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rima dan irama, dan jumlah suku kata.
Menurut sasterawan negara, Za'ba, puisi ialah karangan berangkap yang khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.
Jenis-jenis puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua belas iaitu pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teka-teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun, prosa irama dan dikir.
Oooooo....
Jadi tak semestinya kena sajak ek...
Baru saya tau...
Tapi puisi saya tak sampai tahap tu la...
Minta maaf....
OKey jom ke contest....
Contest ni namanya "Puisi Kantoi The Contest"
Camne nak join ek...
1. Buat puisi tentang barang kesayangan korang (Barang tau, bukan Orang) - sudah
2. Pastikan korang ada blog - ada
3. Pastu kerat dan tampal banner contest ni dalam blog korang kat sidebar sebelah tu. Banner leh amik kat umah penganjur - dah tepek
4. Buat satu entry tentang contest ni dan kepilkan sekali puisi yang kreatif tu dalam entry tersebut - dah buat
5. Bagitau penganjur berkenaan dengan penyertaan anda dengan tinggalkan url kat ruangan komen kat umah pengajur. Karang tak pasal2 rugi je tulis2 penganjur tak tau plk... - dah
Apakah hadiahnya...
- Boleh tengok kat umah penganjur. Dia sorok kat tepi-tepi sikit...
Dah.. Dah...
Tak sabar nk mendeklamasi puisi ni...
Ehem.. ehem...
Tatkala ayam berkokok sahut-sahutan
Sebelah mata masihku pejam
Jari jemari marayap mencarimu
Kau tiada...
Tidak putus asa aku bangkit
Terus mencarimu di seluruh pelosok katil dalam gelita
Nah, ni pun kau
Jauh benar hang golek...
Selepas mengamatimu beberapa detik lantas kau ku baling semula ke katil
Dalam gesa aku meluru pergi tanpa menolehmu kembali...
Kau berdiam hati berduka
Sampai hati kau ku campak begitu
Dalam mempersiapkan diriku agar enak dipandang
Aku bingkas dan mencapai beg
Dengan penuh harapan anak matamu mengekori gerak langkahku
Hatimu meronta-ronta agar ku menoleh dan membawamu bersama
Namun harapan tinggal harapan
AKu terus hilang tanpa sepatah ucapan "Bye" pun
Deruman kereta berlalu pergi
Kau masih di katil, pilu dan pasrah
Vrooommm...
Kau terkedu...
Siapakah yang kunjung ketika aku baru pergi...
Bum bam bum bam...
Derap kaki bagaikan Shrek berlari ...
Kuakan pintu penuh rakus
Dan muncullah aku
Dalam terlopong kau tersenyum
"Tak mungkin ku kau tinggalkan," bisik hatimu
Gelak tawa rakanku telah kau lali
Sindiran dan hinaan mengguris hati kau terima dengan rendah diri
Dan aku hanya diam
Membelamu tidak, menyokong mereka tidak
Untuk apa aku bereaksi, sedangkan kita sudah saling memahami
Jujurnya..
Acapkali sudah hati ni terdetik untuk meninggalkanmu
Dek terpikat susuk tubuh menggugat imanku
Mereka berilmu berbanding kau yang hanya tau bersuara dan menulis
Mereka menyanyi berbanding kau yang hanya boleh lalala...
Namun...
Tiap kali aku terkesima melihat keindahan dan kebijaksanaan mereka
Tiap kali kulit mereka kusentuh dan kuusap
Tiap kali nafsuku memuncak untuk memiliki mereka
Tatkala itulah memoriku kembali mengimbas saat-saat indah kita bersama
Tiap malam kau kuusap dan kubelai sebelum tidur
Tidak pernah sekalipun kau terlupa, apalagi terlambat mengejutkan aku
Dan tatkala orang memanggil
Kau menjerit-jerit memberitahu
Tidak cukup lagi kau bergoncang-goncang agar aku menyedari
Sehingga habis tenaga kau terkulai
Teringat saat kau lemah
Saat kau perlu makan
Aku tau tapi buat tak endah
Kau terus merayu-rayu
Dek bosan dengan rengekan aku suruh kau tidur saja
Kau akur tanpa sedikitpun membantah
Walaupun kau tidak suka
Akibatnya...
Kau pengsan berulang-ulang
Menyekatkan urusan aku
Kepada pakar kau kurujuk
Mereka menggelengkan kepala
Kau boleh dirawat tapi mungkin tidak sesempurna dulu
Dan sempat mereka membisikkan
"Tinggalkan saja. Cari yang lebih muda"
Aku naik berang dan terus meninggalkan pakar itu
Tidak...
Walaupun kau tidak seindah yang lain
Dan tidak sesempurna yang lain
Namun hatiku tak tergamak meninggalkanmu yang begitu setia..
Wahai.....
Maaf, namamu pun langsung ku lupa
Sayangku...
Alamak, terpanjang la pulak...
Huhuhu...
Inilah masalahnya bila dah start menulis...
Takpe2...
Penganjur kena baca jugak kalo tak berdosa (ceh, suka suki je letak hukum)
Okeyla, nak tido jap...
Wassalam...
ZZZZZZZ....................
dah approve, sry lambat(^_^)
ردحذفpnjg woo.
ردحذفHuhu...
ردحذفSorry ek... Mmg panjang...