Salam..
Bulan lepas saya terjumpa satu sharing kat fesbuk cara buat minyak kelapa dara..
Excited sangat dengan DIY maka saya ikoti stepnya satu per satu (cuma dengan skala yang lebih kecil)
Namun, ia gagal.. T___T
Saya pun tak tau kat mana silapnya.. rasanya dah ikot betul2 step dia..
Sedih sangat..
Bulan lepas saya terjumpa satu sharing kat fesbuk cara buat minyak kelapa dara..
Excited sangat dengan DIY maka saya ikoti stepnya satu per satu (cuma dengan skala yang lebih kecil)
Namun, ia gagal.. T___T
Saya pun tak tau kat mana silapnya.. rasanya dah ikot betul2 step dia..
Sedih sangat..
Ini la hasilnya..
Takde apa2 pun.. Cuma air masam dan lepa santan.. :(
Lepas baca komen2 dia tu, tak la rasa sedih sangat..
Sebab ramai je buat tak jadi..
Hahaha..
Ni mesti kes nak bagi ilmu sekerat2 je ni..
Tak puas hati punya pasal saya pun cari maklumat di hujung jari dan adjust ikot kesesuaian..
Hasilnya?
Dapat 105ml utk dua biji kelapa..
Yay!!
Betul, ini minyak kelapa dara, bukan air tau..
Tak caya, cer buat sendiri..
Caranya?
Meh saya tunjukkan cara saya buat minyak kelapa dara di rumah
***************************************
Step 1 : Dapatkan santan
Nak dapatkan santan kat kedai memang mencabar, kerana takde kedai pun jual..
Pastu cari la kelapa parut; takde gak jual..
Pastu cari kelapa sebiji sebiji; takde gak jual.
Aiii?
AKu ni kat Malaysia ke, kat New York?
Ada tu pekedai buat muka pelik je bila saya tanya "ada jual santan fresh?"; "kelapa parut?", "kelapa?".
Semuanya jual santan UHT dalam kotak..
Orang tak mau yang tu..
Akhirnya jumpa pun kelapa biji kat kedai runcit India kat sebelah kuil..
Beli sekali kukur kecik ni..
Nak beli kukur yang bole duduk tu, tapi tak jumpa..
.
Parut parut dengan sabarnya sambil tengok citer hantu...
~Huuuuuu~
Siap pun...
Selepas parut tu, campur air masak sikit dan blend guna blender..
Ini ialah blender
Kalo takde blender, ramas2 pun takpe..
PAstu perah keluar airnya guna penapis
seperti ni
Kalo malas, bole guna kain cotton ke, kain tudung bawal ke, taruk kelapa parut kat atas dia pastu bunjutkan dan perah sekuat tenaga..
Bole minta ayah cik abang tolong buat..
Jangan sampai koyak kain tu sudah..
Akhirnya dapat santan..
Phew..
Step 2 : Bekukan santan tu
Masukkan santan tu dalam bekas berpenutup dan simpan dalam peti sejuk di bahagian beku selama 3 hari..
Saya guna container penutup merah camni.
Dalam tempoh 3 hari tu sila jangan mengintip dia...
Step 3 : Proses Penceraian
Santan pun bercerai tau.. Talak tiga terus.. kuikuikui..
Selepas 3 hari, keluarkan santan tu dan biarkan semalaman di suhu bilik..
Jangan buka tau penutup tu..
Biar je dia macam tu, buat tak tau je..
Selepas semalaman, santan korang pun automatik bercerai secara sah, namun masih tinggal sebumbung..
Seperti gambar di bawah..
Lapisan atas tu lepa santan
Yang bawah tu ialah air asid
Yang tengah2 tu la minyak kelapa dara yang sangat precious tu..
Persoalannya sekarang, macam mana nak amik minyak tu..?
Step 4 : Pindah dan Tapis
Beberapa orang sahabat saya memberikan cadangan..
Antara cara utk memudahkan kerja ialah:
1. Jangan masukkan santan ke dalam container merah mcm saya ni, tapi guna water dispenser yang ada paip kat bawah tu. Macam yg kita simpan air masak dan serve sirap kat kenduri kawen tu
2. Takpun masukkan santan dalam botol mineral water yang dah kosong tu. Selepas dia jadi 3 lapisan macam ni, tebuk bahagian bawah dia untuk keluarkan air asid tu..
Lepas air asid abes keluar, korang tadah pulak minyak kelapa dara sampai abes..
Patu botol mineral tu bole dibuang..
3. Kalo dah terlambat, bole guna saluran oksigen yg dalam akuarium ikan tu.. Seperti sahabat saya cakap tu, sifon keluar menggunakan kuasa graviti..
4. Ada penambahan? Sila komen kat bawah..
Memandangkan saya takde alat nak sifon dan memang bukan penyabar punya orang, maka saya pun ceduk je la guna senduk..
Mula2 alihkan lepa santan yg putih2 tu..
Pastu baru ceduk minyak tu. Tapiskan minyak tu tau supaya lepa2 kecik tak termasuk sekali..
Mula2 tu senang je; makin nipis lapisan, makin susah jadinya..
Saya suggest sangat la korang guna cara 1 dan 2 di atas tu kalo takmau penat dan buang masa macma saya..
Sampai saya ceduk setitik2 setitik tau, takot termasuk sekali dengan air asid tu..
Sampai Cik Abang tanya, "tak sudah2 lagi ke..."
Malu aku.. Hahaha..
Lepas dah ceduk dan tapis, tapis sekali lagi guna kain pulak..
Better guna kain yg mcm kain t-shirt tu...
Akhirnya dapat 100mL minyak kelapa dara.
Itu pun banyak yg diserap oleh kain tshirt tu; dan ada lagi lapisan nipis kat dalam container..
Jernihkan..?
Baunya, bau kelapa..
Tak tengik, tak masam, tak busuk,.
Lapisan nipis minyak tu saya masukkan dalam container kecik, nak cuba ceduk esok pulak, tengok banyak mana dapat..
Air dalam cointainer besar tu bole buang dah..
Esoknya, ceduk punya ceduk, dapat lagi 5mL..
Haha.. Jadi la..
Kalo dikira sekali dengan lapisan nipis yg tak dapat ceduk dan minyak yg meresap ke kain tapisan tu; mungkin dpt lg dalam 10mL..
Amacam?
Senang tak?
Senang je ni, cuma leceh la sikit..
Sapa2 nak jimat tu bole la guna cara ni..
Kalo takde masa, beli je yg dah siap; kat kedai jamu, farmasi ada jual..
Online pun ada..
Apakah khasiat minyak kelapa dara?
Ntah la..
Saya tak cari pun lagi khasiatnya..
Excited buat DIY, sampai tak amik tau khasiatnya..
Ada masa nanti saya kongsikan khasiatnya pulak ya..
Selamat mencuba..
Wassalam...
good sharing
BalasPadamThanks. :>
BalasPadamBoleh bekukan semula. Air masam dan lepa boleh kikis. MinyAk tu pun akan beku.
BalasPadamMekasih Shikin atas info.. ^^
PadamGood info
BalasPadamThank you.. :)
PadamGuna kelapa tua ke muda
BalasPadamGuna kelapa tua.. Yg muda kurang minyak.. :>
PadamX cukup jernih
BalasPadamHuhu. Banyak kali tapis dah tu. Biasa la diy kat rumah :D
PadamX cukup jernih
BalasPadamX cukup jernih
BalasPadamTerima kasih... boleh cuba ni
BalasPadamSila2 ^^
PadamTerima kasih atas perkongsian ini.
BalasPadamSaya ambil perkongsiannya ini sahaja lain2 tiada dulu kini dan selamanya..
Silakan.. :)
PadamPost ni sangat kelakar but senang faham dan jelas caranya. Hahha. Kebaikannminyak klapa dara.. Sapah satu khasiatnya.. Based on reserch luar negara,ia ada satau bahan yang sama dijumpai dalam susu ibu.. Enzim ke apa tah.. Lupa namanya.. But ia mmg sgt bagus😊
BalasPadamOWh yeke.. Patut la vco ni mahal sangat. :)
Padampakai syringe pun blh jgak sis
BalasPadamOwh, ye tak yer kan.. Senang sikit sedut.
PadamTerima kasih atas cadangan :)
santan yang terapung di atas tu saya masak dan dapat lagi minyak kelapa utk kegunaan memasak pulak....
BalasPadamBagus idea tu. Terima kasih atas cadangan :D
PadamTerima kasih banyak infonyaaa,100ml tu brp bnyk pakai Santan kelapa parut
BalasPadam100ml ni dapat dari sebiji kelapa.
PadamNI say abeli kelapa kecik yang kat kedai India tu.
Yang dorang selalu bawa pi kuil.
Tu je yang ada kat sini :D
Bagos..akan ku diy jgk bsok..kait klapa pg..huhu..thanks a lot kak
BalasPadamWelcome. Jom berDIY ^^
PadamSis, kalau ikut pakar psikiatri hukm, Dr Nik Ruzi, minyak kepala dara ni baik untuk orang yang ada penyakit lupa dan alzheimer. Izinkan saya cuba.Terima kasih di atas perkongsian, semoga Allah memberi kebaikan buat sis sekeluarga dunia dan akhirat, amiin.
BalasPadamSila2. Terima kasih atas doanya.
PadamYg buat sdiri masamkan santan tggu minyak kluar pastu amek minyak..minyak klapadara yg buat sdiri boleh mkn ke? Sy tkut mnala tahu kot2 ada bacteria sbb kte masamkan santan?? Mohon pencerahan ??
BalasPadamSaya tak pasti. Yg saya buat ni saya minum je haritu, ok. Kalau ragu2 better beli yg dah dibotolkan.
PadamSaya pernah masak santan sampai jadi minyak. Buat minyak rambut. Itu minyak kelapa dara @ tak?
BalasPadamItu minyak kelapa. Minyak kelapa dara dibuat tanpa proses pemanasan. Sebab tu harganya mahal. Saya buat ni saja² je try diy.
PadamBagus info ni. Tq dik. Suka sgt. Nak buat minyak masak macam mana pula? Ada sesiapa boleh share?
BalasPadamMinyak kelapa ke. Kalau minyak kelapa cuma masak santan sampai jadi minyak dan tahi minyak. Pastu tapis. Minyak tu bole buat masak.
PadamNak Cuba juga la ilmu ni
BalasPadamSila²
PadamNak cuba
BalasPadamsemua kelapa ke boleh guna. yang saya dengar sebelum ni minyak kelapa dara dihasilkan dari buah kelapa tandan pertama yang berbuah dari satu-satu pokok kelapa. Maksudnya setiap pokok kelapa tu ada satu tandan jer yang diguna utk dijadikan kelapa dara.
BalasPadamOwh, yang saya tahu minyak kelapa dara tu dihasilkan tanpa proses pemanasan, seba itu dipanggil kepala dara. Tapi tak tahu pula kalau ada maksud lain.
Padamsteps yg mudah difahami.tq sis.
BalasPadamSama²
Padamkalau guna kelapa muda mmg minyaknye takkan bercerai ke sis?sy buat ade lepa dgn air je..bekukan dy jadi sebati semuanye😂
BalasPadamOwh kelapa muda kurang /tak ada minyak. Kelapa tua yg kulit dia dah kering dan tempurung tebal lagi banyak minyak
Padamkalau guna kelapa muda mmg minyaknye takkan bercerai ke sis?sy buat ade lepa dgn air je..bekukan dy jadi sebati semuanye😂
BalasPadamPerlukan kesabaran yang tinggi :)
BalasPadamYa betul. Sekali tu je la saya buat.
Padam