Diskaun felt dan craft supply

Salam...

Hai korang..
Dah laa sangat kan tak update perkembangan terbaru...
Cewah, macam la artis nak update perkembangan.. kikiki...

Bulan ni saya kurang aktif berkraf sebab balik kampung utk persediaan kenduri adik..
Namun, tetibe berlakunya banjir kilat menyebabkan majlis itu akan ditangguh ke 28hb ni...

Bulan ni saya dapat banyak order melalui http://asma-felt-box.com
Seperti yang korang sedia maklum, sesiapa yang order kat website ni akan dapat 3% diskaun dan utk pembelian rm100 dan ke atas akan dapat free shipping.
Tapi, ada jugak oder yang tak masukkan kod kupon, maka tak dapat diskaun 3% tersebut.

Kepada korang yang tak pasti kat mana nak masukkan kod diskaun, kat bawah ni saya attachkan printscreen.
Time checkout nanti akan muncul satu page yang ada senarai dan harga barang2 yg  korang order..
Kat bahagian bawah tu ada satu kotak coupon..
Korang cuma masukkan perkataan DISKAUN kat ruangan coupon tersebut dan klik update
Pastu sistem akan automatik bagi diskaun 3%.

Saya rasa rugi pulak bila korang dah gunakan sistem kat website ni, tapi tak dapat diskaun.
Oleh itu, jangan lupa masukkan kod tu tau...

Wassalam..

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Tribunal pengguna

Salam...

Sedikit info kepada pembeli online yang pernah kene tipu dek online shop..
Korang boleh buat laporan dintribunal pengguna..
Cuma search kat google dan maklumat akan muncul...

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

Saya pun pernah disoal oleh kastemer, "barang yg awak jual ni betul2 wujud ke? Awak akan pos kan? Saya ni first time beli dengan awak jadi saya nak awak poskan dulu, lepas dapat barang baru saya bayar. Sebab saya takot kene tipu," katanya ketika drop order bernilai rm10.00.. Saya bertexting dgn dia pun dah abes dekat rm5.00 topup sebab byk soal punya pasal.

Oleh itu, jika anda pernah m3njadi mangsa online shop yang tak bertanggungjawab ni, sila gunakan hak anda..
Tapi sebelom report, bagi masa untuk seller tu respond dulu..
Ada kemungkinan jugak dia dlm masalah atau ke luar negara..

Contohnya banjir di kuantan dan kemaman baru2 ni, air naik dgn sgt cepat sampai ke paras dada. Tempat yang tak pernah banjir pun banjir.
Banyak harta benda yang musnah. Ada yg total lost, ada yg hanya 10% barang2 terselamat..
Elektrik takde selama beberapa hari. Tak dpt charge phone, laptop n tab. Ada juga yang tak sempat selamatkan itu semua demi menyelamatkan nyawa ahli keluarga terlebih dahulu..
Ada jugak pencuri masuk rumah larikan brg2 berharga..

Mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara, duduk berhimpit2 dengan yg bukan muhrim.
Makan nasi lauk sardin n telur setiap hari..
Ada juga geng kurang ajar berebut2 makanan dan sorokkan makanan ntah apa sebabnya.
Baju terpakai yang didermakan kepada mangsa banjir, bukan digunakan oleh mangsa banjir. Tapi kaum kemboja yang datang beramai2 dan pilih2 baju bersama anak2 mereka dan masukkan dlam guni siap pasang lampu kat dahi masing2 dalam gelap. Ada yg siap bawak van lagi nak amik baju2 tersebut. Bila ditegur, dorang buat bodo je..
Orang melayu ni baik hati, takmo gaduh2 jadi biarkan aje perangai buruk kaum tersebut..

Ada keluarga yang tak sempat amik makanan dah abes.
Tapi ada yg dapat banyak dan sorok2 bawak balik utk famili makan.. tak abes, dibuangnya...

Mungkin online seller tu salah seorang mangsa bencana alam ni..
Oleh itu sila bg ruang untuk mereka respond sebelom buat report...

Semoga kita semua tidak menjadi mangsa manusia yang tidak bertanggungjawab ini..
Amin...

Wassalam..

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Felt besar

Salam...

Polyester Felt 1/4 meter (46x50cm) kini boleh didapati di asma-felt-box..
Semua 30 kaler available..
Harganya RM4 sekeping...

Semua warna ni ada...

Felt ni saiznya ala-ala kad manila...

Berminat, sila isi borang atau order kat http://asma-felt-box.com

Saya pos barang setiap hari kecuali Sabtu,Ahad dan cuti umum...

Wassalam...
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

DISKAUN DAN POS PERCUMA CRAFT SUPPLY

Salam...

Selamat pagi... Di sini ada sedikit announcement.. :>


1. DISKAUN 3% : Kod : DISKAUN

Mulai harini, sapa2 yang beli barang kat website http://asma-felt-box.com akan dapat potongan 3%.  Korang cuma perlu masukkan perkataan DISKAUN time check-out dan automatic akan deduct harga tu nanti. No minimum order. Beli singgit  pun dapat diskaun. Tapi kalo tak masuk kod DISKAUN, tak dapat la ek. Saya tak bole setting utk automatic diskaun; jadi terpaksa guna kupon.. Sori semua...T__T

2. POS PERCUMA

Mulai harini juga, sapa2 yang beli barang kat website  http://asma-felt-box.com mencapai harga RM100 dan ke atas; akan dapat POS PERCUMA. Bermaksud, korang hanya perlu bayar harga barang. Pos saya tanggung... Baik kan saya..? Kuikuikui....

3. NO DISKAUN

Mulai harini juga, pembelian melalui email, borang kat blog, pm kat FB dan whatsapp TIDAK akan dapat 3% diskaun. Sebabnya diskaun tu saya transfer kat website.. Bole order kat website untuk diskaun.

4. NO SMS

Mulai minggu lepas saya tidak akan membalas sebarang sms. Sila guna pelbagai medium yang disediakan iaitu email, borang, pm di FB, website dan whatsapp untuk membuat pesanan. Pembelian melalui sms mengundang pelbagai masalah kepada saya dan urusan berjalan dengan sangat tidak lancar. Maaf ya...

Kenapa bagi diskaun kat website sahaja?
Saya bagi diskaun kat website sebab saya dapati customer yang order melalui website telah memudahkan kerja saya sebanyak 80%. Dia mana saya tidak perlu:
- reply banyak kali
- taip satu2 nama barang dan harga barang
- kira jumlah harga dan tolak 3%. Kadang2 terlupa bagi diskaun
- copy dan paste no akaun
- dan kalau order yang banyak kali tukar atau tambah order, saya perlu scroll dari atas sampai bawah dan double tripple check untuk memastikan ia betul. Tapi ada jugak yg silap packing.. :(
- sentiasa online dari pagi sampai malam untuk bagi feedback cepat. Kalo time biasa ok la; tapi time nak sipakan bulk order memang tak sempat nak online.. :'(

Dan ia juga memudahkan kerja customer kerana mereka tidak perlu:
- tunggu malam atau pagi esok untuk saya reply
- tunggu saya confirm harga apabila mereka tukar order
- tunggu saya confirm harga bila saya tersilap kira
- tunggu saya bagi no akaun
- tunggu saya confirm dah dapat bayaran dan bila akan pos

Oleh itu, saya berpendapat layaklah mereka yang memilih untuk order di website mendapat 3% diskaun dan pos percuma untuk pembelian RM100 dan ke atas..

Apapun, korang masih boleh order melalui borang kat sebelah ni, atau email, atau whatsapp atau FB. Saya akan reply seperti biasa setiap kali online. No problem.. Cuma tak dapat diskaun 3% dan free shipping. Maaf ya...

Wokep, tu je kot..
SAya pulun siapkan doorgift utk perkahwinan adik saya..
HArap2 sempat la sebelom 7hb...
Amin...

Wassalam....

2 ulasan

2 ulasan :

Catat Ulasan

Heart Necklace from Ash Wardrobe

Salam...

Ash Wardrobe dah masukkan beberapa item baru...
Antaranya ialah Rantai Loket berbentuk hati


Rantai ni stainless steel coated, boleh kene air, tak berkarat.
Saya pakai ni bawak mandi pun masih ok..
Kulit saya pulak jenis cepat gatal kalo pakai barang kemas tiruan..
Tapi rantai ni ok.. Lepas sekali pakai, tak tanggal2 dah..
Seronok!


Saiz loket 1cm



Harga RM9.90/pcs
Poslaju RM6.00

Beli 5pcs free poslaju

Ada beberapa pilihan warna

Light Pink


Light Green



Light Blue


Red



Peach



Orange



Blue



White



Light Brown

Nak order cuma isi borang kat sebelah ni atau terus klik butang bawah ni..
Jangan lupa LIKE Ash Wardrobe untuk dapatkan update produk terbaru...


Buy It Now
Wassalam...
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Ribbon Apple

Salam...

Ribbon Apple dah restocked!


Ribbon Grossgrain Corak Apple
Tebal 9mm
Harga: RM1.50/semeter
RM6.00/ 5meter
RM10/10meter

Nak order, sila isi borang kat sebelah..
Atau order kat http://asma-felt-box.com

Wassalam...


Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

ENDS RIBBON CRIMP

Salam....

Yay!
Akhirnya sampai pun..
Dah lama sangat benda ni...

ENDS RIBBONS CRIMP

Sebenarnya saya pun tak pasti nama dia siapa..
Ia digunakan utk kepit kat hujung ribbon
Jadi tak perlu lah jahit lagi pasni...
Wah, sangat-sangat memudahkan kerja...
Weeeeee,....

END CRIMP RIBBON
Saiz 10mm (guna untuk ribbon berketebalan 9mm)
Saya pun cuma jual ribbonsaiz tu, jadi elok la saya ada crimp saiz ni je...
Huhuhu

Harga RM1.50/10pcs
RM13.00/100pcs
Saiz 10mm
Kaler silver berkilat-kilat

Nak order, isi je borang kat sebelah kanan ni ya...

Wassalam...

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Felt Craft Tutorial: Simple Felt HAir Clips

Salam...

Hai semua...
Seronok tak cuti?
Dalam cuti-cuti ni jom kita relax-relax sambil buat felt craft..

Harini saya nak share satu projek yang tersangat simple..
Sesuai la untuk budak-budak sekolah and beginner...
TUTORIAL: SIMPLE FELT HAIR CLIP atau dalam bahasa Melayunya SEPIT RAMBUT FELT VERSI SENANG SANGAT-SANGAT

Bahan-bahannya ialah:
Felt sekeping (saya guna polyester felt)
Sepit rambut sepasang
Butang comel : Saya guna butang bapak besar, butang bunga dan butang bulat kecik
Benang dan jarum serta gunting

CARA-CARA


Mula-mula tekap bentuk sepit rambut
Pastu potong besar sikit dari saiz sepit rambut tu...
Potong 4 keping macam ni:

Mula-mula nak buat bahagian atas dulu:
Amik sekeping felt tu dan jahit butang bapak besar kat bahagian hujung yang lebih besar

Pastu jahit pula butang bunga kat atas dia

Pastu jahit pula butang bulat kat atas bunga tadi...
Siap bahagian atas...

Sekarang nak buat bahagian bawah pulak...
Amik sekeping yang lain dan buat garis camni dan potong ikot garisan tu..

Selitkan sekeping hair clips kat dalam lubang tadi

Siap bahagian bawah..

Sekarang kita nak cantumkan bahagian atas dan bawah pulak

Lapiskan macam ni...

Pastu jahit sekeliling dengan jahitan insang pari
KAdang-kadang saya guna jelujur..
Ikot kreativiti korang

JAhit sampai habis...
Siap!!

Buat dua pasang tau...
Baru cun...

Selamat mencuba.. ^_^

Wassalam...



Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

My Business Card with Calendar

Salam...

Yippi! Yippi!!
Business card baru dah sampai... Yippi!


Mulai harini, call card ni akan saya masukkan sekali dalam paket korang yang beli mana-mana produk dari asma-felt-box.
Sebenarnya saya nak start bagi bisnes kad ni semalam, tapi baru sampai petang semalam selepas pos barang...
Jadi tak sempat la... :(

Takpe-takpe, ada banyak lagi ni...
Saya order seribu keping.. Ntah bila nak abes... 
Hohohoho
Tu la.. Tamak sangat sape suruh... :P

Belakang dia ada kalendar 2014.
Bole la korang guna ketika kecemasan (kecemasan apa pulak tu..?)

Saya beli kad ni online je.. Senang sikit, takyah keluar umah dah...
Tiba-tiba encik posmen serah kat pintu rumah..
Heaven betul kan zaman sekarang...
Sebenarnya saya nak promote seller ni...
Tapi kan... Camne ek nak cakap..?

Servisnya sangat laju..
Saya order je terus reply, terus buat design, terus tukar sikit2 mana2 yang saya tak puas hati...
Dah la tu, mesra, beradab (payah nak cari orang beradab sekarang ni..), memberi layanan baik; pendek kata saya seronok sangat time berurusan dengan dia...

Bila saya confirm je design, esok tu terus siap dan pos..
Wow!!
Macam tak caya je...
Dah la murah, servis tip top wa cakap lu...
Biasanya orang Cina je buat servis laju macam ni..
Orang Melayu (pengalaman saya beli barang online dan offline), memang perlahan la..
Perlahan sampai saya dah bersedia akan terima barang lambat.
Dah tu, reply order cam acuh tak acuh je...

Contohnya:
Kastemer: Hi, sy nak beli A, B dan C. Berapa jumlah hrga n pos? TQ
Seller : RM50. Maybank : 418768146564. Nononi
Kastemer: Hi, sy dh byr. Ni slip byrn. 
Seller: ok

Kastemer: Hi, dah pos ke order sy? Bole bg tracking no.. :>
Seller: ef64456546my

Kastemer: Hi, sy dh terima brg. Tq ya. :>
Seller: Welcome

Ape ni? Saya berurusan dengan robot ke...?

Okay, back to the story...

Time saya dapat business card ni petang semalam; saya pun terus koyak dengan rakusnya plastik skynet tu.
Namun saya sangat kecewa (sebenarnya upset)
Sebab warnanya tak sama macam design yang dipersetujui..
Ni designnya...

Tak sama kan warna dia..
Hati saya luka la jugak.. T__T
Malam tadi saya inform dia pasal warna yang tak sama..
Dia minta maaf dan offer ganti rugi...
Baik kan dia.... ^_^

Tapi tak perlu la ganti rugi..
Maybe setting printer tu tak berapa betul atau ada sebab-sebab yang di luar kawalan...
Jadi redha je la utk 1st time..

Saya plan nak buat satu lagi business card, kali ni untuk Ash Wardobe
Ash Wardobe, my second business yang suam-suam kuku je tu...
Hahaha...
Takpe2, mula2 semua macam ni.. Terutama sekali bila modal ciput...
Apapun, yang penting ialah titik mula..
Bila dah mula, nak merangkak ke, nak mengesot ke, nak guling2 ke, nak berlari-lari anak ke; ikot suka la...
Tapi kalo tak mula, asyik2 tangguh;
"nanti la bila sampai masa" = memang takkan sampai punya.
"nanti la bila cukup modal" = memang takkan cukup punya
"nanti la bila lapang" = memang takkan lapang punya
"nanti la bila saya tau apa nak jual" = memang takkan tau punya.

Sebab, perkara paling penting ialah "TITIK MULA".
Bila dah mula, In Shaa Allah kita akan gerak walaupun selambat siput.
Saya dah merasa perkara ni kat asma-felt-box; jadi saya percaya...
Korang caya tak..?
Hohoho..
Eh, kenapa saya bercakap tentang hal ni...?

Tengok tu, saya dh start membebel..
Dah lama kan tak bebel...
Kuikuikui...

Okay, sebenarnya saya nak cakap,lepas ni saya akan order satu lagi kad untuk Ash Wardrobe..
Kalo kad tu sama warna dengan design yang saya nak; saya akan reveal siapa seller business card ni...

Sebenarnya saya serba salah...
Kalo saya promote dia, nanti korang dapat kad yang tak sama warna; mesti korang akan terdetik, 
"ni asma-felt-box punya pasal la ni." 
"menyesal aku percaya cakap asma tu"
"kenapa la asma promote seller yang macam ni"
-saya akan burukkan nama saya sebagai rakan subahat-

Dan kalo saya reveal nama dia harini, mesti korang akan terdetik,
"nasib baik asma bgtau, aku baru nak order dgn dia"
"owh, ok2. Taknak la order dgn dia ni"
"owh, ok.. nanti aku spread kat kwn2 supaya tak order ngn dia"
- saya dah burukkan bisnes orang. Walhal ni mungkin 1st time mistake dia-

Saya serba salah tapi saya nak jugak promote..
Kenapa saya nak promote? Diam je sudah la..

Saya nak promote sebab:
- servis laju gila (pendek kata dia macam 24jam online)
- kad berkualiti tinggi, tebal, keras (tak macam beberapa kad yg sya order sebelom ni)
- mesra (layanan tip top, sopan, baik -semua la)
- MURAH!! (RM60 utk 1000pcs termasuk pos dan design - kad berkualiti tinggi berkilat)
- dan yang paling penting saya nak membantu promote bisnes orang Melayu.
- cuma satu je masalah : warna tak sama -
Yg lain semua 5 bintang..

Apapun, second time nanti kita tengok camana...
Kalo ok, saya akan reveal dan kita sama-sama support online business macam kita ni..
Orait..

Wassalam...


Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

WOOD BUTTONS

Salam..

Wood Buttons dan restocked!!
Lama betul tak tengok buttons ni kan...

Wood Buttons

Ada 5 bentuk wood buttons
Butang beruang, butang harimau, butang rama-rama, butang siput dan butang ladybug

Harga: RM1.50/10pcs
1 pek ada 10pcs corak seperti gambar di atas..


Saya paling suka  button snail tu sebab dia senyum kat saya..
Harimau tu senyum gak; tapi tak kiyut..
Wakakaka...

Nak beli, boleh isi borang ya...
Atau order terus kat http://asma-felt-box.com

Wassalam...


Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Monday Motivation

Salam...


Jom keje kuat!
Yeah!
If you can't se a more profitable way to do something, you're not looking
Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Button Mickey Mouse

Salam...

Butang baru yang kiut miut comel loteh sangat-sangat...
Rasa nak gigit-gigit je ni... Kuikuikui...

BUTANG KEPALA MICKEY MOUSE

Comel tak button mickey mouse ni..?
Butang ni diperbuat dari plastik
Saiz 13.5cm

Harga: RM1.50/10pcs
Mixed kaler..

Erm...
Tak tahannya saya tengok... >_<


Nak order, isi borang ya...
Atau terus order kat http://asma-felt-box.com

Wassalam..

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Bear Face Buttons

Salam...

Belom abes lagi barang baru ni...
Butang pulak...

BUTANG KEPALA BERUANG

Butang bear ni diperbuat dari plastik..
Warnanya cantek sangat... Geram tengok.. Hohhoho..

Saiznya 13mm
Harga: RM1.70/10pcs
Mixed kaler

Cantek kan?
Cantek kan butang muka bear ni...
A'ah kan.. Nama Butang Muka Bear lebih comel berbanding Butang Kepala Bear...


BErminat nak order?
Isi je borang kat sebelah ni...
Ataupun terus order kat : http://asma-felt-box.com

Wassalam...

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

BRADS HITAM BERKUALITI

Salam...

Kali ni brads pulak sampai..
Yippi!!!

Ingat tak brads murah yang korang beli dari saya?
Harganya RM1.20/10pcs kan..
Tapi brads tu lembut  sangat, kasar dan kadang2 tak bulat betul...
PAstu time tekan-tekan tu, tetibe dia bengkok...
Grr,, Geramnyer..!!

Kali ni dah insaf, taknak pakai yang tu dah...
Nak pakai yang berkualiti punya...
Jeng jeng jeng!!

BRADS HITAM 5MM BERKUALITI TINGGI

Memang brads ni berkualiti; takleh nak cakap apa dah...
Time mula-mula pakai brads dulu, saya guna yang ni la..
Dan sekarang saya bertegas nak setia dengan dia.. <3

Harga brads hitam 5mm ni Rm1.50/10pcs
Kalo 100pcs RM13.00

Bukan tu saja, ada lagi sorang kawan dia masuk sekali..
Memperkenalkan kawan baru kita..

BRADS HITAM 8MM BERKUALITI TINGGI

Brads ni pun berkualiti tinggi...
Cuma saiznya 8mm...
Besar la..
Bole la guna nak buat masa plushie yang besar sikit..
YIPPI!!

Harga brads hitam 8mm ni RM2.00/10pcs
100pcs RM18.00

Jom tengok perbezaan saiz mereka...


Haaa...
Sebelah kiri tu brads 8mm
Sebelah kanak tu brads 5mm...

Jom jom order...
Isi je borang kat sebelah ni atau order terus kat http://asma-felt-box.com

Wassalam...





Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

FELT LADYBUG

Salam...

Jangan jeles ok.. kuikuikui...

FELT LADYBUG EMBELLISHMENT

MEmang dah lama sangat geram tengok minah-minah seksi ni..
Akhirnya terbeli jugak...
Muahaha...


Ladybug ni diperbuat dari felt keras yang tebal
Saiz 25cm
Kaler merah je ada..

Harga : 60sebiji.
10biji RM5.00

Berminat, bole isi borang ya...
Atau order terus kat http://asma-felt-box.com

Wassalam...

Tiada ulasan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Arkib