DIY Felt Kit : Happy Star Felt Key Chain

Salam...

Starter Pack dah ada.... Felt Pack pun dah ada... DIY Pack...?
Huhuhu.. BAru je nak muncul...

DIY Felt Kit yang pertama ini ialah----> Happy Star Felt Keychain!




Felt Kit ini mengandungi:
1. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat 4pcs HAppy Star Keychains (mixed kaler)
2. Benang dan jarum
3. Template dan step-by-step

Kit ni saya wat khas untuk korang yang:
1. baru nak try 1 projek
2. nak bagi projek ringkas untuk kanak-kanak bagi mendedahkan mereka kepada craft
3. saja nak beli sikit

HARGA: RM10 
(tidak termasuk pos)


Dan kepada anda yang nak borong sila email saya: asema84@gmail.com 
Nyatakan kuantiti sekali sebab borong byk bole adjust harga (especially kpd tenaga pengajar)

__________________________________________

Sebelom raya haritu saya ada derma @ sponsor sumthing utk anak2 yatim...
Dah amik gambar nk tnjuk kat sini...
Tapi hati saya tertanya2...

"Kalo saya bgtau public tentang derma @ sponsor saya ni dan show-off gambar2nya, adakah amalan saya ni diterima Allah? Atau ia hanya akan menimbulkan riak pastu berdosa?"

Persoalan ini menyebabkan saya tak jadi nak post entry tersebut...

Sebelom ni pun saya ada pi ke umah anak yatim dan ajar dorang wat felt craft. Niat nak bagi dorang ilmu yang bole dimanfaatkan jadi duit. Sambil2 dorang hepi wat domo-kun...
Selepas habis sesi tu, organizer bagi saya RM100.00... Saya dah tolak tapi dorang bagi jugak.. Dan tabiat saya tak menolak pemberian orang sebab tak baik... Tolak rezeki nnti rezeki takmo mai dah..

Disebabkan saya dibayar, jadi amalan saya ni kira ikhlas tak?

Bila saya terima duit tu kan, saya rasa macam semua amalan saya utk rumah anak yatim tu seme gugur...
Sebab dah dibalas dengan wang...
Dan saya tak hepi....

Tapi takpe la... Dah lepas...
Maybe selepas ni bila terima undangan kene mention yang saya perlukan 2 perkara shj iaitu tempat tinggal dan makan. Bayaran tak perlu... Cewah! Utk anak yatim kan.. Bagi la dorang hepi2 sket... Huhuhu...

K la.. Tu je kot...
Proceed utk next DIY...

Wassalam...

2 تعليقات

  1. Bagusnya Asma. Kak Yati setuju, kena mention pada pihak yang kita nak buat amal tu awal-awal, kalau tak perlukan bayaran & lain² t&c kita.
    Keep up the good work, Asma. :)

    ردحذف
    الردود
    1. Mekasih kak.. Tu la..
      Serba salah gak haritu... Takpe la, pasni bole improve lagi dah ada pengalaman pertama... :>

      حذف
أحدث أقدم