Brainwashed!

Salam...

Amaran:
Entry ni tiada kaitan dengan craft dan masuk dalam kategori 18SX. Yang belom cukup umur sila klik "Back". Jangan baca please...*

Salah satu hobi saya ialah menonton filem...
Menonton drama dan sitkom pun yer jugak..
Dan rancangan yang saya tontoni ini ialah cerita mat saleh..

Kalo kat umah ayah dulu, kitorang takde astro..
Piring astro ada la, sebabnya ada subscribe time astro mula2 keluar dulu..
PAstu lambat sikit bayar, astro pun potong..
Bila dah bayar, astro tak sambung pun..
Call2 banyak kalo asyik forward je, last2 ayah tak bayar terus..
(time tu takde internet lagi, takde la online banking. Kene pi pejabat Astro bayar)

Jadi kitorang tengok tv channel free je la..
Channel free ni banyak tapisan...

Selepas kawen, umah Encik Wolverine ni ada astro jadi bukan main syok la saya tengok movie..
LAma kelamaan asyik ulang2 makin boring la pulak..
Citer memang la best tapi kalo ada 20 kali tengok, dah tak rasa apa dah...

Okay, yang saya nak bincangkan kat sini ialah..
Astro ni takde tapisan ke..?

Sebab bila mencarut dan lucah tak kena sensored pun...
Pastu perempuan 3/4 bogel bersepah2 sana sini...
Scene kissing2 pun ada je, lama pulak tu sampai bawak ke katil...

Saya suka citer orang putih sebab jalan cerita dan skrip dorang cantek..
Tapi la ni dah tak berapa nak suka dah la..
Sebabnya, sikit2 tidur dengan lelaki yang baru jumpa lepas tu cakap takde apa2 antara kita..
Sikit2 curang dengan suami, tidur dengan tukang kebun yang muda, hensem dan gagah pulak tu.. Ada ke orang yang muda, ensem dan gagah macam kevin zahri jadi tukang kebun..?
Sikit2 babysitter ada affair dengan bapak anak2 yang dorang jaga, pastu anak dia ada fantasi pulak kat babysitter tu..

Yang paling best mak ayah dan bercerai, ayah duk ngan anak2 dan ada girlfriend ayah sekali tinggal dalam rumah tu.. PAstu anak perempuan yang 12 tahun terserempak dengan ayah dan girlfriend ayah kat bilik mandi tengah berbogel dua orang dan membuat aktiviti.. PAstu ayah suruh mak explain kat anak tu apa yang berlaku dan anak pun dah paham tak payah explain pun takpe... Hadoi...
Perlu ke ada skrip tu..?

Pastu ada kisah cikgu make out dalam bilik darjah dengan ex-student dia..
Dah la tua pangkat mak buat dengan budak muda pangkat anak..
Apa ni...?

Dan satu lagi perempuan murahan tidur dengan orang tua demi wang, pastu tidur ngan anak orang tua tu jugak demi wang...
Aiii.. nak muntah aku...

Bila pikir balik, saya ni tengah tengok maksiat ni...
Tapi rasa macam bukan maksiat pun, macam hiburan je kan...


Tengok la..
Bila dah berterusan tengok maksiat bertahun2, yang maksiat pun dah tak terasa maksiat...
Saya dah kene brainwashed! 
Help!!!


Mungkin disebabkan orang putih, jadi tak terasa apa la sangat...
Bukan orang Islam pun..

TAPI!!!

BAru2 ni saya tengok citer Lady D..
Kesah dia bercinta dengan doktor Pakistan Islam...
Dalam citer tu ada kesah Lady D tidur dengan doktor tu kat istana.. Tidur dgn doktor tu kat apartment doktor tu..
Aiyoooo!
Perlu ke..? Kalo takde adegan macam tu memang tak akan laku ke citer tu..?
Dan kalo potong adegan tu, takde orang tengok ke citer tu kat Malaysia?

Dan baru malam tadi saya tengok drama orang putih, remaja pakistan (Islam) "tertidur" dengan reporter perempuan orang putih blonde yang sepatutnya sembunyikan dia dari musuh. Perempuan tu dalam 30-an la, budak tu dalam 19-20 tahun camtu. BUdak tu terkejut bila bangun pagi dan rasa bersalah. Siap skrip "agama saya tak benarkan buat macam tu, saya nak jadi orang soleh." Perempuan tu jawab. "saya faham, takpe lupakan."
Tak berapa lama kemudian, budak tu pula minta pegang tangan perempuan tu dan minta perempuan tu ajar "buat" cara yang betul (sebelum ni dia teruna kan, jadi malam tadi tu tak berapa betul la gamaknya.) Perempuan tu bersetuju sambil tersenyum mesra seolah2 hubungan dorang tu suci, takde apa yang nak dibimbangkan.. Ada la skrip lain lagi yang tak tergamak nak tulis kat sini.. Pastu dorang kissing.. Daring punya kissing wa cakap lu...
Aiyoooo...!

Bila dah masuk bab orang Islam buat keje lagu ni, saya dah tak berkenan..
Nak kata orang Islam tak buat, memang ada yang buat...
Tapi kalo tunjuk kat TV, makin ramai la orang Islam nak buat sebab macam perkara biasa je tu..
Dantakde rasa bersalah...
Nama pun brainwash..


Nampaknya saya kene minta Encik Wolverine unsubscribe Channel movies Astro ni...
Segan gak nak cakap sebab ni kan tv dia..
Tapi demi menjaga otak saya agar kekal waras dan anak2 saya nanti, kene juga la berkorban...

Kalo zaman la ni pun dah macam ni..
Zaman anak saya 20 tahun lagi camana la gamaknya...
Risau aku dibuatnya...

Wassalam...

p/s: kalo ada yang nak komen, "tak payah la tengok citer macam tu, tengok la yang baik2 shj"; jawapannya, "ya, memang saya nak tengok yang baik2. Tapi disebabkan tak pernah tengok dan tak tau jalan ceritanya maka saya tak tau ada scene yang macam tu. Lepas dah tau, memang tukar channel. Tapi yang dah ternampak tu dah takleh nak delete dari memory.. Demit!

4 تعليقات

  1. Ini mesti cerita dari Amerika. Bagi industri filem sana, majoriti pengarahnya terpaksa masukkan sekali babak-babak berunsuk seks untuk lakukan filem. Sama macam pengarah di sini yang asyik masukkan babak-babak rempit, hantu dan jerit-jerit untuk lakukan filem. Filem dari UK jarang bergantung kepada babak-babak ghairah untuk menarik penonton.

    ردحذف
    الردود
    1. A'ah, citer Amerika.. Tensen jugak tengok. Walaupun nak tengok citer sampai abes, tapi tak sanggup nak ngadap scene tu lama2..

      Citer UK jarang muncul kat Astro ni sis.. Orang UK jauh lebih beradab berbanding Amerika.

      حذف
  2. الردود
    1. Salam..
      Kan.. benak rasa otak ni lepas menonton... :(

      حذف
أحدث أقدم