Salam...
NAk update tentang Online Charity Shop lagi..
Kini kami dah ada header baru:
Dan kepada sesiapa yang berkata, "Kenapa derma kat Pahang? Derma la kat Kelantan, dorang kan kena teruk. Pahang bukan apa2 pun."
NAk update tentang Online Charity Shop lagi..
Kini kami dah ada header baru:
Cantik kan.. Ni Sis Ayuni yang design.
Dalam beberapa hari ni, Admin On9 Charity Shopped bekerja keras mendapatkan maklumat berkenaan dengan NGO yang akan kami salurkan sumbangan..
Serious cakap, kalo saya la kan..
Saya pilih satu NGO yang namanya tidak asing lagi dan saya check website dia, gambar2 aktiviti (terutama sekali yang lastest), check no akaun dia under nama manusia, atau NGO, kemudian saya bagi je derma tu. Saya percaya dia takkan tipu punya..
Innocent kan.. :P
Sebaliknya Sis Ayuni lebih detail dan berhati2..
Beliau senaraikan NGO kat Malaysia ni dan check latar belakang setiap NGO dan shortlisted mana2 yang bersesuaian.
Pastu beliau contact person in charge NGO tersebut untuk tanyakan tentang resit rasmi untuk pelepasan cukai..
Sebelom ini ada satu pertubuhan yang dah dipilih, namun gara2 adminnya jawab acuh tak acuh berkenaan resit dan pelepasan cukai dan suruh kol orang lain pulak untuk maklumat, maka beliau amik keputusan untuk pilih pertubuhan lain.
Sebelom tu, Sis Ayuni google dulu berkenaan dengan penipuan bantuan derma dan sharekan kat blog beliau Cara Mengenalpasti Pertubuhan dan Badan Kebajikan yang Sah Sebelum Menderma.
dan kongsikan satu artikel berkenaan penipuan bantuan derma banjir ni
Tengok, bukan perkara mudah nak pegang amanah orang..
Kena pastikan betul2 yang wang tu akan disalurkan ke pihak yang sepatutnya..
Bukan dah dapat terus lepas tangan..
Kagum dengan usaha keras Sis Ayuni.
Kat sini saya nak share gambar peribadi rumah mertua adik saya kat Temerloh. Gambar ni ada kat tab, dan malas nak transfer2. Demi korang saya luangkan masa juga transfer gambar ni..
MAsa baru2 air naik.
Air yang naik separuh pagar.
Untuk pengetahuan semua, rumah ni rumah papan bertiang tinggi..
Maksudnya, ada tangga la kat depan rumah mereka...
Air dah naik ke separuh pagar., dah masuk dalam rumah pun..
Time ni dorang naik bot dan tumpang kat rumah jiran kat kat atas bukit.
Selepas tu kami hampir lost contact dgn dorang sebab dah phone dorang dah abes bateri dan adik saya sekali sekala charge phone kat kereta untuk kecemasan.
Kemudian mereka pergi melawat rumah, dan ini la yang mereka lihat..
Nampak bumbung je..
Masa tengok rumah ni, sebak hati saya..
Kalo la ini rumah saya, dan mengenangkan pelbagai barang dalam rumah tu yang bakal rosak..
Tapi itu la ujian yang Allah bagi..
Rumah jiran kat atas bukit tu pun dah menjadi pulau time ni..
Mereka cuba contact penyelamat dan selepas beberapa hari akhirnya penyelamat tiba dan pindahkan mereka ke sekolah..
Adik ipar saya baru buat pembedahan, dan lukanya dah terbuka..
Dorang contact penyelamat sekali lagi dan tentera datang bawak dorang naik helikopter ke hospital
Posing dalam heli..
Abang soldier yang kepenatan menyelamatkan manusia yang terperangkap, masih sempat senyum dalam gambar.
Walaupun penat tapi puas dapat berkhidmat untuk masyarakat..
Ini pulak sedikit perbualan ibu saya dan adik2nya kat whatsapp.
Ibu dan ayah hantar adik saya dah isterinya ke Temerloh selepas banjir dan dapat melihat keadaaan selepas banjir yang boleh tahan la teruknya.
Sila abaikan ayat2 lain tu ya..
Haha..
Saya kurang aktif kat group ni sebab gaya bahasanya yang saya tak berapa nak paham..
Kikiki..
Apapun, buat permulaan ni sahaja jualan amal banjir ni akan disedekahkan kepada mangsa banjir di Pahang.
Selepas ni kami akan meneruskan lagi jualan ni dan hasilnya akan didermakan kepada NGO lain yang bersesuaian pada waktu itu..
Maka resit rasmi adalah sangat penting supaya semua ahli (online seller) yang terlibat dalam jualan amal ni tahu ke mana dan bila wang terkumpul tersebut disalurkan.
Saya berharap ada yang sudi sama2 memeriahkan charity shop kami ini.
Nak join menjual di On9 Charity Shoppe?
Jom menjual sambil menderma.
Jom membeli sambil menderma..
Wassalam..