Update tentang Keychain Ring

Salam..

Kepada korang yang selalu beli keychain ring dari asmafeltbox, sila baca entry ni sampai abes.
Entry ni sangat penting.

Ini adalah 2 jenis keychain yang saya jual
Yang kiri tu saiz 22mm dan yang kanan tu 25mm

Setiap keychain ni didatangkan bersama dengan ring yang kecik kat hujung chain (rantai) tu untuk memudahkan korang attach kat hasil craft korang


Ini la ring kecik yang menawan hati tu.
Ring ni kita namakan dia jump ring, sebab kalo tak tutup nanti dia jump pegi tempat lain (ni tipu je ni. hehe..)

Malangnya supplier tu tak pernah bagi jump ring yang mencukupi utk setiap keychain ni..
Setiap kali beli, mesti shot separuh.
Pendek kata kalo beli 10 ribu keychain, dapat 5 ribu je ring kecik ni.

Bila saya komplen dia jawab, "owh, yeke." lepas tu senyap. 
Maka sebelom saya lempang dia laju2 dan berubah jadi incredible hulk, lebih baik saya redha je.
Maklum la saya alergik dengan kebodohan dan kebiadapan
Tak pasal2 masuk surat khabar pulak nanti.

Saya pun pergi cari jump ring yang sama seperti itu.
Tapi, harganya bole tahan la mahal.
Kalo beli jugak, saya terpaksa naikkan harga keychain tu..
Kalo jual asing2 tak syok pulak kan.

Oleh itu, saya beli jump ring yang saiznya sama, cuma lebih lembut dan kurus.
Yang lembut ni senang nak buka tutup.
Ring sebelom ni keras, kalo nak tutup kene guna plier.
Kalo tak, memang hancur la hujung jari beta; nak2 bila buat bulk orde.. T__T


Ni la ring yang mudah buka tutup tu..


NI gambar selepas buka..
Guna jari je..

PRoblem solved!

Namun..
Kusangka panas hingga ke petang.
Rupanya hujan di tengahari..

Baru-baru ni saya dapat komplen dari sorang kastemer.
Katanya ring ni lembut sangat dan mudah tercabut.
Kebiasaannya kechain ni ada yang letak kat zip bag kan
Bila nak tarik zip tu, tu yang tercabut tu..

Sedih sangat saya dengar cerita ni..
MAna pelanggan saya yang lain yang pernah beli.
Kalo ada masalah, kenapa tak bagitau.. T__T

Disebab itu saya dah tukar kepada ring yang lain
Bukan jump ring lagi tau.
Tapi split ring


Split ring yang saiznya kecik sangat..
Memang elok sangat terletak kat hujung keychain tu..
Tak perlu buka tutup dah dan takkan tercabut dah


Oleh itu, diumumkan asmafeltbox akan mula menjual keychain bersaiz 22mm dan 25mm, dan ring hujung tu ditukarkan kepada split ring yang kecik (seperti gambar di atas)

Order kat :

Wassalam..

إرسال تعليق

أحدث أقدم