CRAFT TUTORIAL VIDEO CONTEST!

Salam..

Siapa suka felt craft angkat tangan..
Siapa suka buat video angkat tangan..

Sekiranya korang angkat tangan 2 kali, bermakna contest ni memang untuk korang..



Contest apa ni?
Ini ialah contest membuat video tutorial felt craft

Macam mana?
Caranya senang je. Buat satu video yang tunjukkan step-by-step dari mula sampai akhir proses buat craft tu. Bermula dari sekeping felt hingga ke produk akhirnya.

Berapa lama durasi video tu?
Durasi antara 3-5 minit sahaja.
Pandai-pandai la korang sunting video yang berjam-jam tu kepada 5 minit..

Kene cakap ke dalam video tu?
Tak semestinya..
Nak cakap bole, taknak cakap bole.
Nak buat tulisan dalam video tu, nak buat animasi ke, nak ada muzik ke..
Apa-apa pun bole, asalkan menarik dan kreatif.

Kalo nak join, ada syarat tak?
Ada syarat.Syaratnya pun simple sangat:
1. Wajib kraf dari kain felt. Nak buat produk apa, tu bebas
2. Ada akaun bank
3. Fokus pada tutorial, jangan banyak promote diri sendiri

Tarikh tutupnya bila?
Tiada tarikh tutup

Pemenangnya akan diumumkan bila?
Setiap 1hb setiap bulan, satu video akan dipilih dan akan dipaparkan di blog ni serta channel youtube asma-felt-box dan di facebook asmafeltbox

Pemenang tu dapat hadiah tak?
Hadiah berupa wang tunai RM100 untuk setiap video yang terpilih.
Hadiah akan ditransfer terus ke akaun pemilik video yang terpilih pada bulan tersebut

Macam mana nak menyertai?
KAcang je beb..

1. Buat video berdurasi 3-5 minit

2. Sertakan bersama maklumat berikut:
- nama 
- sedikit sebanyak tentang bisnes craft korang
- blog @ fb @ instagram @ media sosial dimana penonton bole jumpa korang
- email atau whatsapp

3. emailkan video dan maklumat di atas ke asema84@gmail.com
Bole compresskan file tu kepada winzip atau winrar

4. Tunggu la kot2 menang..

Apa kriteria video yang terpilih?
Videonya jelas, gambarnya jelas, bunyinya jelas (kalo ada bunyi), step by step jelas
Bonus kepada video yang lain dari yang lain, kreatif dan menarik perhatian

Haaa..
Best kan..
Jangan tunggu lagi.. Pilih 1 kraf dan mula merakam.

Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu.

Sekian, Kalam Sikh Waria melaporkan..

Wassalam..

إرسال تعليق

أحدث أقدم