Crocheting : My New Hobby Maybe..

Salam

Wow..
Saya macam sangat aktif ber-crochet sejak akhir-akhir ni..
PAdahal tak pun..
Hahaha..

Selepas buat first project haritu, saya gunakan beberapa jam waktu malam saya belajar crochet sambil menemani Cik Abang tengok TV..
Saya baru pandai buat dua jenis crochet, iaitu tali air dan single crochet..

Hasil crochet sambil tengok tv haritu
Apapun, hasilnya masih tak berapa elok..
Macam Kak Yati bagitau dalam komen haritu "mungkin tension benang tak sama".
Berkat nasihat kat Yati, saya belajar loosekan sikit tekanan benang pada tangan kiri dan juga tekanan pegang jarum pada tangan kanan..
Hasilnya, tangan saya dah kurang sakit dan tak de la letih sangat ber-crochet.
Yippi!

Mekasih Kak Yati..
Owh, Kak Yati ialah seorang crafter yang sangat aktif dan sangat jauh lebih berbakat daripada saya.
Selain ber-crochet, belaiu turut ber-amigurumi, cross-stitch, felt craft dan knitting 
Bukan setakat boleh berkraf tau, malah terer giler..
Kalo tengok hasil craft Kak Yati, memang rasa kagum sangat..
Jom intai-inta hasil tangan Kak Yati..

amigurumi Kak Yati

shawl yang sangat menggoda

Ini cross stitch. Cute kan..
Banyak lagi kat blog Kak Yati : homemakers-puteri.blogspot.com. 
JAngan terkejut pulak tengok hasil kerja tangan beliau..
Kat sebelah kanan tu nanti ada banyak kategori, korang klik la kat situ..

Crochet petak menggunakan teknik single crochet
Selepas beberapa malam ber-crochet, saya berjaya buat petak jalur-jalur..
Tak tau nak buat apa ni..
Buat je la.. HUhuhu..
Crochet ni saya buat waktu malam je..
Sebenarnya saya nak elakkan ber-online pada waktu malam..

Saya ada baca, salah satu sebab kita susah tidur malam ialah kerana terdedah kepada cahaya biru pada device seperti laptop, smart-phone dan lampu dalam rumah tu..
Ia seperti mengisyaratkan otak kita bahawa "sekarang ni masih siang" menyebabkan otak tak menyediakan badan untuk berehat.

Dan satu lagi biological clock saya ni berkadar songsang dari yang sepatutnya.
Setiap pagi sampai petang saya rasa letih, takde mood, tak kreatif, takde idea, rasa nak lepak-lepak je..
Tapi bila start-start nak Maghrib tu, tetibe mood muncul, rasa rajin nak buat keje, dan rasa aktif sangat.
Nak nak bila nak tengah malam tu, idea datang membuak-buak, rajin membuak-buak, kreativiti jangan cakap la..
Dah bertahun-tahun saya nak cuba tukar supaya ia kembali kepada fitrah asal kejadian, tapi masih tak berjaya.

Bila dapat tau tentang isyarat cahaya tu, saya nak cuba tutup semua device (walaupun eager sangat nak online - macma orang gian dadah dibuatnya. Resah gelisah je setiap malam nak buka laptop, nak buka tab; tapi kena bertahan dari berbuat demikian..). 
Dan untuk mengelakkan saya buka device tu semua, saya perlu cari kerja untuk dibuat waktu malam (yang tak berkaitan dengan kerja)

Dari situ la saya mula belajar menjahit pakaian dan crochet..
Saya nak belajar memasak dan baking; tapi bahayanya ialah saya tengah diet pastu takde orang lain dalam rumah ni suka makan kecuali saya...
Oleh itu, nak elakkan diri dari masak banyak-banyak..

Haritu saya cuba crochet bentuk bunga dan bentuk bulat..
Tapi susah sangat nak faham..
PAstu saya teruskan aje buat bentuk petak-petak..

Namun pada satu malam, berkat sokongan padu dari CIk Abang, akhirnya saya berjaya juga buat bentuk bunga..
Yippi!!

Kembang giler bunga ni..
Saya bayangkan besar bunga utk buat brooch je..
Atau ,mungkin salah teknik kot.
Kikiki...

KAt bawah ni pulak hasil malam tadi.
Berkat belajar buat bunga, akhirnya saya dapat buat teknik ketiga iaitu double crochet..
Phew..

Nampaknya bentuk bulat lambat lagi baru dapat buat..
Pattern tu tunjuk kena guna teknik decrease..
Saya masih belom dapat faham teknik tu..

Walaupun menensyenkan; tapi syok jugak ber-crochet ni..

Wassalam..



4 تعليقات

أحدث أقدم