Projek Krocet Pertama Bahagian Dua

Salam..

Saya dalam proses menyiapkan projek crochet pertama saya..
Sebenarnya projek yang betul2 pertama korang boleh tengok kat entry http://asma-felt-box.blogspot.com/2015/05/crocheting-my-new-hobby-maybe.html

Selepas siap projek pertama tu, timbul idea yang sama menjadi sesuatu yang berguna untuk saya..
Apakah benda tu?

TAkmo cakap lagi.
NAk bagi saspen.. Hahaha

Yang haritu punya bahagian pertama dah siap.
Kini saya gigih nak siapkan bahagian kedua..

Ni bahagian kedua
Ni la bahagian kedua tu..
Segiempat jugak
Cuma yang ni saya guna double crochet
Dan kali ni lebih lebar seginya..

Tengah syok mengait, benang abes..
Kami pi pusing2 cari benang kat bandar, jumpa 1 kedai je jual benang kait.
Tapi jenama Nona takde jual kat situ (benang yang sedia ada ni jenama nona, jadi ingat nak beli jenama yang sama) ; ada jenama Minlon je..
PAstu tone warnanya tak sama. Sikit je la lainnya..
Minlon pun minlon la.. Asalkan ada..

Balik rumah terus je sambung mengait..
Excited punya pasal.
Hahaha..

Namun, kusangka panas hingga ke petang..
Rupanya gerimis mengundang..

Makin kecik!
 Semakin banyak saya mengkrocet, semakin kecik jadinya..
Ape hel ni?

Kalo tengok kat gamabr kat atas ni..
Sebelah kanan tu hak mula-mula buat; sebelah kiri tu hak paling baru buat..
Mula-mula ta perasan kecik, duk syok-syok je mengait sambil tengok bola.
Bila bentang... Kecik rupanya... T___T

Tak puas hati punya pasal, saya pun kira..
Kurang 7 bulatan dari yang asal..
(saya tak pasti namanya apa loop-loop tu. Saya panggil bulatan je la..)

Frust punya pasal, saya pun tido..
Takmo tengok muka dia.. :<

Keesokan malamnya, saya pun duk pikir camana nak buat.
Ada yang suggest buka balik dan kait semula..
Haaaaaaaaaa...
Frustnya kene buka balik..

LAst2 saya cuma tambahkan beberapa kaitan yang tak cukup bagi setiap baris..
Dan hasilnya:

Walah!!
Yay!
Berjaya pun menyamakan kedudukan.. (ewah, macam bola pulak.. :P)
Kali ni memang confirm sama.

Sama kan.. ^___^
Tapi ada satu lagi masalah..
Benang hijau tu texturenya tak sama dengan benang pink..
Benang pink sama dengan benang nona yang saya pakai sebelom ni..
Benang hijau tu nipis dan kurus..

Cer bandingkan jalur hijau yang sebelah kiri (time mula-mula mengait) dengan jalur hijau sebelah kanan (selepas tukar ke benang minlon). 
Lain kan..
JAlur hijau sebelah kanan tu jadi lebih kurus..
Bukan saja kurus, malah kurus keremping..

TAk berapa nampak ke?
Tengok bawah ni..

Bulatannya sama, ada 49 bulatan, tapi panjangnya tak sama..
:(
Cantek tu memang cantek, tapi tak best la bila tak sama kan..
PAstu benang dia cepat sangat tercerai-cerai jadi 4 5 benang..
Tengah2 pengait duk sangkut2..
Tensen mak..

Apapun, kehidupan perlu diteruskan..
Sabar je la banyak-banyak..

Harini Bahagian Dua telah berjaya disiapkan..
In shaa Allah malam ni nak buat bahagian ke-tiga pulak..
Bahagian ketiga nak guna single crochet je..

Huuuu..
Tak sabar nak siapkan..
Chaiyuk2!

Wassalam..

1 تعليقات

  1. Benang minlon memang halus sikit, banding brand nona atau wina. Mungkin Asma boleh coba kait 2 benang sekali gus kalau guna minlon. Dan lubang antara stitches tu tak de la besor sangat. Apa pun, great job dalam menyamakan kedudukan. Cer try tarik-tarik sikit. Single crochet lagi rapat banding double crochet. Kipidap, Asma. ^_^

    ردحذف
أحدث أقدم