Salam..
Pada Sabtu dan Ahad yg lepas Cik Abang telah dikehendaki OT selama 16 jam..
MAka Cik Adik ni terpaksa keseorang selama 16 jam tu..
Tak pe lelaki kuat kerja sangat seksi.. <3
Disebabkan Cik Abang keje, Cik Adik mana bole kalah..
Oleh itu Cik Adik menugaskan diri sendiri untuk packing barang-barang craft untuk menampal lubang-lubang display yang rongak itu..
Ini ialah sebahagian dari gambar2 di tempat kejadian..
Butang bunga 14mm dah kekurangan warna..
Stok baru akan masuk pertengahan bulan depan (hopefully)
Butang love 14mm baru restock..
Cantek kan warna dia.. ^^
Butang bow kecik ni pun baru restock
Butang cute apple yang besar
One of my favourite beadss; pusaran puaka beads pun dah masuk.
(Ada sapa2 sini pernah baca komik pusaran puaka?)
-Itu adalah komik yg creepy dan menjijikkan-
Half pearl 10 colours..
1st time sorting. Ada 10 kaler rupanya..
Comel-comel pulak tu..
Half pearl 6mm ni memang penat sangat nak sorting..
Ada 34 kaler kesemuanya (rupanya)..
Rasa cam nak give-up je..
Bila teringat wajah kacak Cik Abang tgh bekerja keras, terus tak jadi give-up
Sebahagian bahan kraf dah siap di-packing
Jom jalan2 di sekirat bilik kraf kecil saya ni..
^___^
Segmen butang.
Semua butang yg dah dibungkus per pek dijatuhkan hukuman gantung sampai jual di sini..
Tiada yg berkecuali ya..
Ada 2 butang dah abes.
Alphabet beads belom pekkan lagi
Hald pearl kaler pun belom..
Minggu depan kot baru buat..
Ini pulak segmen barang-barang lain kecuali butang..
Semuanya pun dah dipek dan dijatuhkan hukuman yang sama seperti nasik butang-butang tadi..
Oooh, nampak tak mata gedik-gedik tu..
Ada 3 saiz baru masuk..
Benang cross-stitch dan velcro pun baru restock..
In shaa Allah akan update secepat mungkin kat website..
Mereka semua digantung, untuk memudahkan saya packing order..
Dulu, dapat order baru packing satu persatu dan ia menyebabkan proses packing menjadi sangat panjang dan bilik kraf bersepah setiap hari..
Kini, bilik kraf hanya bersepah sekali sekala je..
Dan time sepah tu memang sepah abes..
Hahaha..
Baru-baru ni kami dah adjust penggunaan rak kasut ni menjadi rak craft supplies..
Display macam ni supaya saya nampak terus stok barang saya ada ke takde, dan tinggal banyak mana..
Selain tu senang nak amik time packing bulk order seperti 100-300pcs camtu..
Nanti nak luangkan masa keluarkan barang dari stor dan penuhkan tabung-tabung ni..
Rak felt khas untuk saiz 23x25cm (lebih kurang A4)
Kenapa saya tak sebut je saiz A4, kan senang.. Lebih kurang je pun..
Ni buat penat je taip 23x25cm setiap kali orang tanya..
Sebabnya, saya pernah baca satu blog post marah2 kat sorang penjual kain felt ni (time tu saya baru2 start berkraf) kerana kain felt yg dibeli tu bukan saiz A4.
Saiz kain tu, lebih panjang dan lebih kurus dari saiz A4.
Dia turut tampal gambar perbandingan antara kertas A4 dan kain felt tu serta mention ayat lebih kurang bunyinya "kalo bukan A4 jangan sebut A4. Rasa tertipu sangat!"
Ada lagi la perkataan lain yg buat saya rasa dia tengah marah sangat..
Satu lagi, time saya baru2 start jual kain felt ni, saya minta supplier potongkan kain tu kpd 1m setiap keping. Dan kilang potong ni memang buruk sikit, senget benget dan selalu je lebih..
Jadi dalam hati nurani saya ni fikir, "yg lebih2 ni bagi je la kat kastemer. Bole dorang guna. Nak potong2 dan simpan pun buat apa, nanti buang juga"
Oleh itu, saya mention saiznya 23x25cm, walhal saiz yg dorang dapat dalam 23x27atau29cm camtu.
Bahagian 27 cm tu selalu je senget menyerong2, tapi tak kurang dari 25cm.
Selepas beberapa lama, seorang kastemer mesej mengadu dgn ayat, "felt ni memang tak sama saiz ya? Dah la senget benget potongannya!"
Dan saya explain, saya lebihkanyg hujung tu.. ^_^
Reason saya tu tak diterima dan dia minta saya bagi betul2 saiz seperti mana yang saya tulis kat blog supaya orang tak tertipu..
Time tu saya tau la ada orang yg berkira dengan beberapa cm lebih dari yg sepatutnya dia dapat.
Itulah sebabnya saya tulis 23x35cm dan bukannya A4
Supaya korang tak rasa macam tertipu sangat..
Haha..
Ok, jom sambung lawatan kita tadi..
Rak butang..
Semua butang dah sorted dan simpan elok2 dalam rak ni..
Senang time packing nanti..
Saya suka balancekan kaler-kaler butang tu time packing..
Supaya semua warna ada.. ^^
Yg ni pun kene topup balik stok dari dalam stor tu..
Minggu depan buat
Rak kecik ni asalnya taruk felt 1/4m, kini felt semua dah ada bilik khas iaitu bilik felt namanya..
Hahaha.. Macam khas sangat nama tu..
Bilik tu korang dah nampak pun.. yg ada gambar felt gulung2 tu yer la tu..
Kecik sangat, sorang je muat masuk dalam satu-satu masa.
Kat rak ni cuma letak sikit felt lembut saiz 1/4m utk pastikan stok apabila kastemer drop order..
Pastu starter pack excited, mini felt pack dan fail urusniaga..
Cewah, macma banyak je urusniaga kita ni kan..
Ngehehe..
Kredit kpd CIk ABang kerana beliau la yg bertanggungjawab buat sistem filing kecik ni..
Ada lagi bahagian2 lain yg belom berjaya organized yg tak dapat ditunjukkan kat sini..
Nak tunjuk pun malu la.. Sepah sangat..
Hujung minggu ni kita sambung lagi menyusun-nyusun..
Selamat Berkaf Semua..
Wassalam..