Juara Parodi

Salam..

Salah satu lagi sebab saya hepi di tahun baru ni adalah kerana satu rancangan yang dikeudarakan setiap Jumaat pukul 10 malam kat Astro Warna..

Mula-mula tertengok je, sebab takde keje..
Pastu best la pulak..

Jumaat lepas dah masuk minggu ke-7 dah kot...
Minggu depan dah semi-final..

Dalam banyak2 kumpulan tu saya paling suka kumpulan Selamber Blur..
Pastu Kobis Pedas, Mawi and the Loyar dan Black Dot Chey (yeke eja dia ni).
Sebenarnya semua best, yang kat atas tu cuma group yang saya suka..

Mawi and the Loyar la yang paling konsisten..
Pastu Mawi tu semangat lain macma betul..
Dia pulak yang jadi komedian.. Seronok pulak tengok dorang..
Hahaha..

Jumaat lepas haritu tugasan dorang ialah pasal negeri dan buat loghat negeri..
Selamber Blur dapat negeri Pahang..
Aku pun apa lagi, excited la..
Bukan senang nak dengor loghat Pahang masuk TV..
Ye la saya kan orang Pahang... walaupun lahir kat Terengganu..

Namun kusangka panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang...
Dorang punya performance takde komedi dan loghat Pahang pun tak berapa nak ada..
Ada la 2% macam tu..
Buat syarat je..

Memang kecewa la jugak..
Mana tak kecewa, negeri lain semua keluar loghat..
Betul tak betul pun, dorang bantai je asal bunyi...
Tapi Pahang langsung takde..

Takpe la. Nak wat camne, loghat PAhang memang payoh sket, banyok jenih pulok tu..
Nampok sangat dua2 blur atas tu. Sampai juri pun jadi blur..
Tapi dengor perkataan "hogoh tok gajoh" dan "koi" tu puas hati doh rasenyer..
Tamboh2 ada "ikan paten", ok la dapat markah sket..

Nak komplen banyak-banyak pun susah jugak..
Bukan senang nok cari orang Pahang kat Malaysia ni..
Ramai je, tapi tak menonjol...
Orang Pahang bila bercakap bahasa Melayu standard hilang bunyi Pahang tu..
Tak tau la kenapa...

NI saya tunjuk sikit video loghat Pahang..
Korang dengor la yer..
Pahni, tau la loghat Pahang gane rupe..

Ni sketsa..


Ni parodi ni..


Ni skrip rabak versi Pahang


sajak untuk mak dalam loghat Pahang


Ni lagu loghat Pahang..
Banyak lagi kornag boleh search Anok Semantan..
Sedap juge lagu2 dorang ni..
Tapi video klip tu buat sendiri2, jangan la komplen ya.
At least dorang ada juga buat sebagai wakil orang PAhang...


Hok beh nyer Mawi and The Loyar kene buat loghat Terengganu.. Memang semua ke laut, bukan ke Laut China Selatan, ke Lautan Pacific teruih.. Semua perkataan dorang taruk "ng" kat belakang.. Suka2 hati dorang je.. XD

Aboh dorang pergi panggil Abong..
Tapi best sangat, tak abes2 gelok tengok gelagat dorang. Nok2 Mawi tu hentam keromo je..


Dan minggu ni Black dan Achey pegi jadi SHah Rukh Khan...
Yang Black tu memang bergaya sungguh la..
Bila ada janggut n jambang nampok ensem la pulok..
HAritu Black pakai rambut palsu, nampak kiyut jgk...
Hahaha...

Kalo korang tak pernah tengok Juara Parodi, bole la tengok episod lepas2 kat sini -- > http://www.astrogempak.com.my/zonlawak/juaraparodi/video

Saya asyik ulang Selamber Blur je la..
Tapi minggu ni punya tak nak ulang dah kot..
Tercalar sikit hati..

Minggu depan kita tengok pulak macam mana gamoknyer yer..

Wassalam..

إرسال تعليق

أحدث أقدم