Selamat kembali ^_^

Salam..

Selamat kembali bekerja/bersekolah.
Camana raya? Banyak dapat duit raya?

Sebulan juga saya berehat, tak aktif sepanjang Ramadhan, namun begitu order kain felt dan craft supply lain masih juga pos setiap hari. Cuma order handmade sahaja la yang ditutup.
Memang nak rehat je..

Lepas habis raya ni, rasa cam malas pula nak start balik.
Hahahaha...
Ape ni?
Mana bole camni..?

Di akhir-akhir bulan puasa, saya buka balik kotak benang kait dan mula mengait..
Lepas tu...
Erm...
Tak boleh berhenti la pulak..
Lepas satu, satu saya kait...
Sekarang saya masih lagi excited nak mengait. Haha..

Mengait atau nama orang putihnya crochet ni sebenarnya lebih penat dan lebih lama nak disiapkan berbanding felt craft.
Namun begitu, kelebihan dia ialah crocheting ni tak bersepah-sepah felt.
Nak buat felt craft perlu banyak bahan, dari pensel, pembaris, kertas kain felt pelbagai warna dan prosesnya pun banyak juga. Lepas siap tu bersepah, kene kemas..
Crochet ni tak macam tu. Cuma benang dan jarum kait je, lepas tu duduk la mana-mana pun bole sambung mengait.

Mana yang lebih saya suka?
Erm... dua dua suka. Hahaha...

Shrink plastik craft pun saya ada juga buat, tapi korang pun tau kan, saya ni mana la pandai melukis.
Setiap kali siap satu benda kan, mesti saya rasa sedih, sebab buruk sangat.
Nak tunjuk pun malu.
Dah siap beli dah marker pelbagai warna (yang mahal juga la), sekali buat beberapa keping dah taknak..
Saya nak cuba lagi, tapi rasa kecewa je tengok hasil kerja tangan sendiri..

Bagi saya bertenang dulu dengan crochet, nanti sambung buat shrink craft.
Chaiyuk2.

Shrink craft ni banyak benda yang boleh dibuat dengannya..
Boleh buat loket, charm, keychain, fridge magnet, bookmark dan macam-macam lagi la..
Banyak betul idea dalam kepala saya ni, namun kebatasan bakat melukis membuatkan saya menangis di bucu katil melihat hasilnya.. sobs sobs..

Eh, sebenarnya saya nak cakap pasal lain..

Okay,

Sepanjang cuti raya, saya godek-godek website dan blog.
Blog ni dah ditukar template lagi..
Haritu bukan main lagi saya decorate blog ni cantik-cantik.
Lepas dah puas hati tu, baru terfikir dan check kelajuan blog.
Sekali amik kau, perlahan giler..
Huwaaaaa....

Takde makna la lawa tapi perlahan kan.. T___T
Akhirnya tukar lagi template dan letak widget seminimum yang mungkin..
Ni pun rasa dah habis minimum dah..
Facebook widget tu, walaupun nampak menyibuk, namun ia sangat penting untuk tunjuk my daily updates, memandangkan saya pun dah jarang update blog.
Kalau dulu, hari-hari update kan?
Sekarang ni seminggu sekali je kot..

Blogpost pun saya letak 4 je.
Sebenarnya saya paling suka yang ada satu je blogpost kat muka depan.
Tapi tak jumpa template yang macam tu..
Kalau ada pun, tetap ada"read more" kat bawah..
Saya tak suka benda tu.
Kalau bole saya nak bagi pembaca buka blog ni dan terus baca entry terbaru sahaja.
Kemudian bole pilih nak baca entry sebelumnya dengan tekan "older post"

Saya lebih suka simple macam tu.
Tapi dunia sekarang ni tak suka simple-simple.
Semua benda nak dirumitkan.. :/

Seterusnya website pula..
Logo gadis muslimah (saya la tu kononnya) tudah dikeluarkan, cuma tinggal tulisan sahaja.

Kategori bahan kraf pun dah dipindahkan di sebelah kiri, diharap senang korang nak cari bahan-bahan yang diperlukan.
Kat menu atas tu pun masih ada katgori, cuma saya compilekan dalam satu link je.
Tujuannya, paparan kat phone tak nampak kategori sebelah kiri tu.
Oleh tu, saya taruk juga function yang sama dekat menu, kalo tak susah juga nak order melalui phone.

Kemudian ada satu ruangan INFO, kat situ ada saya tulis cara nak order, nak bayar dan sebagainya.
Cara order tu belum update lagi. Saya nak cuba buat video. Mungkin lebih mudah nak faham.. :)

Slip Bayaran pun saya letak kat menu juga, in case korang tak nampak kedudukan dia kat bawah tu.
Ada berita gembira tau, slip bayaran dah upgraded.
Kini korang bole attachkan gambar resit atau screenshot bukti pembayaran kat slip bayaran.
Yay!

Last sekali tutorial.
Tutorial ni function baru. Saya baru masukkan beberapa video tutorial yang saya buat sebelum-sebelum ni.
Baru ada 6 tutorial.
Saya perlu luangkan masa buat video baru atau tulis tutorial baru.

Tu kene tunggu ada mood.
Sekarang ni tengah mood berkrocet. Haha..

Okay, itu je update untuk hari ni..

Wassalam..

إرسال تعليق

أحدث أقدم