Video Tutorial : Cara buat crochet teknik amigurumi - Single Crochet, Increase, Decrease dan Magic Ring

Salam...

Saya dah jarang tunjuk hasil felt craft kan.
Asyik-asyik tunjuk hasil amigurumi je.
Memang saya tengah syok ber-amigurumi pun sekarang ni.

Lagipun sejak ada baby ni malas nak kemas lepas sepah-sepah.
Mengait ni kurang bersepah berbanding ber-felt craft.
Kannn

Ada juga yang minta saya ajarkan cara nak buat amigurumi.
Sebenarnya saya ni tak layak pun nak mengajar.
Mengait ni pun masih belom mahir lagi.

Apapun saya bole je share apa yang saya tahu.

Okay, kepada korang yang belom pernah mengait, berikut adalah barang-barang yang perlu korang sediakan untuk start ber-amigurumi.

1. Benang Kait
Benang kait ni ada banyak jenis, saiz, material dan tekstur.
Saya pun bukan tahu semua jenis, jadi tak dapat elaborate pasal benang ni.

Apapun yang setakat saya guna ni ialah jenis acrylic jenama Minlon.
Satu lagi jenis mixed cotton, takde jenama.
Saya beli kat kedai alat jahit je.

2. Jarum Kait 

Jarum kait pun ada banyak saiz.
Yang macam dalam gambar ni satu set ni cuma RM15 je saya jual.
Jarum tu ada 6 saiz.
Saiz yang biasa saya guna untuk benang acrylic Minlon ialah saiz 2.5 dan 3.0mm.
Benang mixed cotton pula saya guna saiz 4mm.

Sebenarnya ada teknik untuk tentukan saiz jarum kait yang sesuai untuk benang tersebut.
Tapi saya pun tak reti juga.
Cam saya cakap sebelom ni, saya bukan expert.
Saiz jarum tu pun ikot pengalaman saya je.
Korang bole try guna jarum saiz lain. tengok mana yang sesuai untuk benang itu.

Kalo nak set ni bole order kar http://shop.asmafeltbox.com

3. Jarum jahit kepala besar
Jarum ni penting untuk matikan benang dan sembunyikan benang lebih-lebih.

4. Penanda
Penting untuk tandakan permulaan row/round.
Apapun saya prefer guna benang lebihan je sebagai penanda.

Okay, dah ada barang-barang ni?
Bagus.

Sekarang jom kita belajar teknik-teknik mengait amigurumi.

Teknik yang korang perlu tahu cuma:
1. Single Crochet
2. Increase
3. Decrease

Caranya saya tunjukkan dalam video ini:



Untuk memulakan projek ni pula, biasanya kita guna Magic Ring.
Caranya saya tunjukkan dalam video di bawah.



Magic RIng ni memang tricky sikit.
Kalo tak dapat korang boleh buat 3 chain kemudian sambungkan membentuk bulatan. Pastu buat single crochet (ikot berapa yang pattern suruh) kat dalam bulatan tu.
Maaf, saya lupa nak buat video.

Lepas tau 4 teknik ni, korang dah boleh beramigurumi dah.
Kebanyakan amigurumi guna 4 teknik ni je.
Cuma perlu tambah kemahiran dan kesabaran je.

Dalam next post nanti kita buat projek pertama kita k.

إرسال تعليق

أحدث أقدم