Kopiah Palestine

Salam...

Selain Kopiah Rasta, saya ada juga buat Kopiah Palestine tau.


Kopiah Palestine ni saya start buat masa bulan puasa haritu. Kan time tu ada pertempuran kat Palestine.

Pastu ada ahli group mengait share design kopiah ni. Saya pun buat jugak la, cuma saya ubah sikit design tu supaya sesuai dengan saiz kopiah ni.

Kopiah kait design bendera Palestine.

Alhamdulillah, terjual juga sebiji kopiah Palestine ni.

Saya tak expect ada orang beli, sebab time tu tengah alahan mengandung, tak bertenaga nak buat keje lama-lama.

Lagipun time pandemik n pkp ni orang kurang berbelanja dan pilih barangan harga mampu milik.

Apapun, saya tetap nak masukkan juga kopiah Palestine ni untuk meramai-ramaikan majlis.

Pastu customer yang sama minta buatkan satu lagi kopiah. Warna apa-apa pun tak kisah katanya.

Jadi saya buat satu lagi, inspirasi dari warna Palestine juga.

Cute kan...

Kopiah ni simple je tapi kat mana saya nampak cute sangat. Maybe sebab saya memang suka simple² kot.


Harap-harap kastemer suka.


Sekarang kan musim orang buat video.
Saya pun nak buat jugak, tapi kekangan anak pulak. Huhuhu...

Bila pasang je tripod, terus dia kidnap tripod tu bawa sana sini. Sampai hilang dah skru tripod. Tripod patah leher. 

Nak kene cari tripod baru.
Tapi nanti hilang lagi skru.

Saya pun tengah pikir nk beli ke, taknak beli tripod baru.

Apapun, kalau korang nak order Kopiah Palestine, sila ke Kedai Shopee Saya

Wassalam..


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama