Kopiah Masjid

Salam...

Okay ini kopiah last la setakat ni.


Kopiah Masjid

Cantik kan.

Maybe warna tu kurang cantik sebab saya amik je mana-mana benang yang ada untuk percubaan.

Kopiah ni saya nampak berlegar-legar kat media sosial.

Pada mulanya saya tak minat nak buat sebab banyak tukar warna benang. Saya tak mahir tukar warna benang. Sikit-sikit tu bole la, tapi banyak macam ni, macam menakutkan pun ada.

Lama-lama bila banyak sangat muncul, rasa geram je nak buat

Saya pun amik la mana-mana benang lebih dan start kait ikut design yang diberikan.

Seperti yang dijangka, memang susah sangat. Hahaha.

Uii, sakitnya jari sorok benang, tukar benang, tengok design, kait. Hadoi, sungguh mencabar.

Akhirnya siap jugak.
Bila dah siap tu, memang la, seronok giler.
Puas hati dan bangga sungguh dengan diri sendiri.

Tapi tak berani nak buka order.
Sakit tangan, sakit kepala dan makan masa lama. 

Biar otai-otai la buatkan kopiah masjid. Korang bole cari kat facebook. Macam ramai je orang buat.

Kalau nak try kait pun, bole cari caranya kat facebook jugak. Ada beberapa design ynag saya nampak haritu.

Wassalam.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama