Salam...

Info dr pos laju :

Dihormati pelanggan PosLaju,

Adalah dimaklumkan bahawa berkesan pada 15 Julai 2011, kadar surcaj bahan api PosLaju akan terus meningkat daripada 10% kepada 15%.

Peningkatan di atas adalah selaras dengan peningkatan dalam harga petrol, kos pengangkutan serta perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Pengangkut Express Malaysia (AMEC) untuk membolehkan ahli-ahlinya untuk meningkatkan kadar surcaj bahan api sedia ada kepada 15% dan pengendalian 10% surcaj kekal tidak berubah berkuat kuasa 1 Jun 2011.

Peningkatan dalam surcaj bahan api adalah penting untuk PosLaju untuk terus mengekalkan perkhidmatan kepada pelanggan.

Walaupun industri kurier telah mula mengenakan kadar baru ini berkuat kuasa pada 1 Jun 2011, PosLaju telah mengambil langkah-langkah yang berhati-hati untuk melaksanakan kadar baru ini pada 15 Julai 2011 untuk manfaat pelanggan PosLaju.

Terima kasih.






Oleh itu berkuatkuasa 15 July, saya takleh charge RM5.00 atas setiap felt pack dan Starter Pack tu...
Saya terpaksa charge RM6.00


Tapi harganya masih sama, cuma saya kurangkan sikit kuantiti brgnyer (maybe ribbon)...
Diharap korang seme ok ngn tariff baru ni.. 


Sangat melukakan hati...
DUlu kan tak ramai org guna Poslaju... Sape yg nak pos brg cepat2 sgt kan..
Tapi sejak bisness online semakin aktif di seluruh dunia, rata2 peniaga memilih Poslaju dan PosEkspress...


Tetiba;


1. Pos Ekspress dah takleh guna utk pos brg.. CUma bole pos surat2 jer... Kalo kembung jer, dia tendang balik... So, sape2 yg nak beli tempah felt keychain sebiji; atau keyring sedozen; kene guna poslaju yg bernilai RM6.00 jugak ler... DUlu Pos EKspress dijamin sampai esok.. Sekarang tidak lagi.. Ada yg siap ilang2 lagi...


2. Pos Ekspress pulak naik rate... Kalo ikotkan Poslaju dah untung tersangat banyak.. Tiap2 hari kitorang pos brg, mana mungkin dlm van poslaju tu kosong.. Tak mungkin2... Saya pun almost everyday beli brg online.... Kalo tak untung takkan bole buat iklan dalam TV...


TApi...
Nak wat camne...


Parcel biasa pun RM7.00  dari sekecik2 brg hingga 1.5kg
Pos Daftar tak penah try lg...


Tgk kat kurier lain pun boleh tahan gak mahalnyer...


Marilah kita sama2 bersabar...
Maken byk lagi harga yg bakal naik..
Gaji je tak naik2...


Waaaaaa.... T_T


Wassalam....