Salam....
Adakah anda seorang manusia yg penyayang..... YA!
Adakah anda seorang yg comel..... YA!
Adakah anda sukakan warna merah..... YA!
Maka anda pasti tidak sanggup menolak ini!
Wah! COmelnyer..... Mereka sangat merah.....
YA! COmel bukan....
Tapi sanggupkan anda melihat mereka dalam keadaan begini!!!
-help.. we need oxygen.. T__T-
Wah! Tak sanggup! Angkara siapakah ini... Kejamnyer...!!!
KAN!
Ini adalah angkara Asma (ketika beliau dalam perjalanan membeli mee goreng mamak kat kampung sebelah).. Kejam bukan.....
Kami warga Asma-Felt-Box telah berusaha keras memujuk beliau melepaskan kumbang2 comel ini...
Namun beliau sangat kejam dan keras hati...
Rayuan kami langsung tidak dipedulikan...
Bukan itu sahaja, kami juga telah meminta seluruh kampung memujuk beliau sehingga memaksa seluruh penduduk kampung menandatangani memorandum pelepasan kumbang2 ini, namun tidak berjaya....
Ya! Beliau sangat keras ati.. Tak penah jumpa perempuan camni seumur idop...
Oleh itu kami telah merancang cara kotor utk menyelematkan kumbang2 ini...
Namun cara kotor ini tidak akan berjaya tanpa bantuan anda...
YA!
Anda yg sedang membaca ayat ni sekarang ni... Tak perlu menoleh ke belakang....
Jadi kepada anda yg ingin menyelamatkan kumbang2 itu dari menemui maut, sila adopt mereka dari kami...
Yuran adoption hanya RM2.00 utk 10 ekor kumbang....
Dan tiket perjalanan sehala ke umah anda ialah RM6.00 untuk untuk unlimited ekor....
Atau kalo nak guna kelas ekonomi, cuma RM3.00 utk maximum 50 ekor...
atau RM3.50 utk maximum 70 ekor...
Peringatan, kelas ekonomi ni tak dijamin sampai.. sebab kumbang adalah dilarang keras menaiki kelas ekonomi...
Namun dengan bantuan pakar kami akan mekap mereka demi mengaburi mata pihak berkuasa...
Tapi kalo terkantoi, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas ketidaksampaian mereka kepada anda...
Oleh itu, langkah yg bijak ialah menggunakan tiket Kelas VIP yg berharga RM6.00 utk unlimited ekor...
YG ni ada air-cond, tempat duduk yg selesa, TV plasma, seat yg bole adjust jadi katil, comforter yg comfortable dan pamugari yg comel2 dan baek hati yg sanggup mekayan kerenah kumbang2 ini...
Dijamin kumbang2 anda akan selesa melayari perjalanan selama 24jam sebelom sampai ke umah anda...
Tidak percaya....
Mari kita dengar testimoni dari kumbang2 yg telah selamat sampai....
The Red Gang: Dengan Tiket VIP, kami selamat sampai dengan jayanya...Dan kami sangat gembira dgn kehidupan baru kami.,.. Yay!!!
Ron: Kelas VIP sangat selesa... Saya hanya tidur sepanjang perjalanan dan rasa seolah2 hanya seminit jer dah sampai ke umah baru.. Terima Kasih Kelas VIP...
Jurucakap: Tapi nampaknya idong anda berdarah.. Adakah ada sebarang peristiwa buruk dalam perjalanan yg tidak mahu anda ceritakan di sini....
Rob: Owh, bukan.. NI tanda lahir saya...
Jurucakap: Owh.....
Mr n Mrs Bug: Kami suka dgn kopi panas yg disediakan dalam perjalanan ke sini.. Ia mengingatkan kami dgn temujanji pertama kami 30 tahun yg lepas... Dan ia menguatkan lagi cinta kami antara satu sama lain... Kelas VIP pilihan kami.... :D
Si Buntat: Saya tak puas hati,.. Dah la panas, berhimpit2, perjalanan pun bergoyang2 sampai saya muntah 5 kali tau.. Bayangkan la, 5 hari baru saya sampai ke umah baru ni.. 5 hari dalam tempat sempit tu, takde langsung diberi makan atau minum.. Tengok! Saya dah kurus sekarang... Jerawat pun penuh satu muka sebab tak mandi dan tak cuci muka... Apa punya servis la... Pasni jangan harap aku nk naek lagi....
Jurucakap: Pengalaman encik memang mengejutkan.. INilah kali pertama kami dengar komen buruk dari penumpang kelas VIP...
Si Buntat: Kelas VIP aper... Ni aku cakap tentang Kelas Ekonomi la... Servis sangat buruk!
Jurucakap: Aiyok!... Orang cakap tentang Kelas VIP la.. Awat tetiba menyebok ni.... X(
Si Buntat: Eh, yeke... Hehehehe... :P
KAN!!!
Lihatlah betapa gembiranya kumbang2 yg telah berjaya bebas dari cengkaman durjana Asma....
Tidakkah anda mahu melihat wajah2 ceria kumbang2 ini lagi....
Mahu!!!
Apa tunggu lagi...
CUma emailkan oder anda ke asema84@gmail.com dan serta merta kami akan mebaca email itu sebelom Asma membacanya.. (Asma agak busy kebelakangan ini, jadi tak mungkin akan terserempak dgn email berkenaan misi menyelamatkan kumbang.... Ngehehehehehe)
Baca apa lagi ni... Mari bertindak sekarang...
YeeeHAaaaaaa!!!!
Wassalam....
Tags:
craft supply
Wah! Teruknya iklan ni.. <--(tak berbakat..)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamHohohooo... nasib baik sekor kumbang dah selamat sampai ke markas rahsia aku dgn tiket vip... XD
BalasPadamHUhu.. Siap dapat minum kopi lagi.. Kelas ko Jah.. :P
BalasPadamHahaha.. kelakar ler asma ni.. leh masuk raja lawak nih... rasa cam nak sekor.. tapi...'kumbangkan bukan sekor..huhuhu'.. merepek sudah..
BalasPadam