Salam...

Ini adalah request dari terlalu ramai orang sejak tahun lepas...
Dan baru sekarang saya berkesempatan merealisasikannya...

Cekidaut!
Simple Keychain for Beginner

Bahan-bahan: 


1. 2 keping felt yg dipotong mengikut bentuk kepala katak
2. 2 keping felt hitam yang dipotong bentuk bulat untuk mata katak
3. Keyring
4. Ribbon
5. Fiber
7. Jarum dan Benang

Dah siap dah ek... Okay, jom start.. :D

1. Jahit kedua-dua mata katak tersebut dengan menggunakan benang hitam

2. Kini katak tersebut sudah dapat melihat anda... @_@

3. Sekarang mari kita benarkan katak in bernafas dengan membuat kedua-dua lubang hidungnya...
Satu dah siap....

Dua dah siap... Wah, segarnya udara di bumi...^_^

4. Untuk mengetahui apakah perasaan katak ini terhadap anda, mari kita hasilkan mulutnya pula...
Untuk merealisasikan impian ini, teknik jahitan kia digunakan..

Sila jahit dengan penuh berhati-hati dengan perasaan berbunga-bunga.. :>

 Wah! Dia senyum...
Nampaknya katak ini sangat suka pada anda... >_<


5. Sekarang masa untuk buat riben ntuk gantung keychain. Cuma jahitkan sikit riben di bahagian belakang kepala katak.. 
Siap!!

6. Lapikkan muka katak dengan belakang kepala katak, dan pastikan riben berada di bahagian dalam kepala tersebut.

Dengan menggunakan teknik insang pari, weldingkan kedua-dua keping felt ini dengan berhati-hati...
Jika perlu, pakai cermin mata keselamatan...


Ah, jangan biarkan riben itu menghalang perjalanan anda... 
YEAH!!!

7. Break..... apabila sudah hampir di garisan penamat.... Sumbatkan fiber-fiber lembut ni secukupnya...
Sambung semula perjalanan anda hingga ke titik mula tadi....

8. SIAP!!!!!

Phew.....-__-"
Gantung la nak gantung apa pun.. Jangan gantung kucing sudah.. HUhuhu.. Meow... @_@


Yg kanan tu adik saya jahitkan.. Pandai kan dia... :)

Diharap tutorial yang paling simple dalam dunia ni berjaya menggembirakan hati adik-adik yang setia menunggu dari tahun lepas...
Minta maaf kerana ia sedikit terlambat (sedikit ke....Huhu..)

Dan sekiranya anda menggaplikasikan tutorial ni dalam kehidupan seharian anda, jangan segan2 sharenya di sini dgn menampalkan link gambar tersebut dalam komen dibawah...

Baiklah, sampai berjumpa lagi tahun depan...

Bye.... :D

Wassalam....