Salam...
Ok, jom sambung citer semalam ek. Saya akan cuba tulis ringkas2 kali ni ek (huhu.. Agak2 berjaya tak.. :P)..
Apabila korang terlibat dalam satu urusan jual beli yang merugikan, mengelirukan, ataupun rasa diri telah dianiya, diperdaya, diperbodohkan hidup2; satu tempat yg korang boleh suarakan ialah di Tribunal Pengguna. Ni link dia: http://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php/my/ ; atau search tribunal pengguna, terus akan muncul link dia.
Tribunal pengguna ni sy dapat tau melalui satu drama tv1. Kesah Joyah beli blender dari Kiah. Suami Joyah gi amik blender tu n otw blk umah blender tu terjatoh. Smpi umah, Joyah guna tp tgk2 xleh guna dh rosak. Joyah pn mngamuk kat umah Kiah. Kiah pun duk dalih2 n tetibe anak Joyah terlepas ckp kata bapak dh terjatuhkan blender tu. Kiah pn jd seronok la xnk bertangungjawab, bukan salah dia. Pastu Joyah sedih la blender baru beli seratus lebih je harga tp xleh pakai. Dia pi anta baiki kalo x silap sy la, tp kedai kata besi kt dalam blender dah karat. Joyah naik bengang balik sbb rupenye dapat brg yg h rosak sejak awal2 lg. Dia pun pi report kat tribunal pengguna. Tak lama pastu mereka berdua dapat surat dipanggil gi ke muka pengadilan. Kiah pun meroyan kat umah Joyah cakap hal blender pun sampai nak menyaman2. Joyah puas explen tu bukan saman la bodo, tu tmpt pengadilan.. Joyah bengang giler tp dtg jgk la pd hari tersebut. Karang masuk jail x pasal2 plk.. Pastu mereka berdua masuk mahkamah kecik dah diberi peluang menceritakan apa yg berlaku dari point of view kedua2 belah pihak. Last2 kiah ddapati brsalah sbb blender tu dh karat gara2 dia simpan stok blender di bawah peti akuarium yg airnya menitik. Jadi kiah kene gantikan bleder baru kpd joyah. Tamat...
Best tak citer tu, best tak...
Kalo korang kene hal yg sama atau hampir sama mmg kena sgt la korang wat report kat sana. Ni bukan hal nk saman smpai juta2 cuma nk hak korang diadili...
Camne nk report? Ada beberapa cara..
1. Kol no yg tertera kat website; atau
2. Daftar sbg ahli dan isi borang claim; atau
3. Sms claim;
4. Pegi sendiri ke pejabat berdekatan.
Bila claim tu dh proses, dorang akan kol utk tau detail dan surat akan dikeluarkan kpd kedua2 pihak supaya dtg pd sekian haribulan.
Ingat tau, portal gov ni dipunyai oleh gov dan para pekerjanya semua penjawat awam yg berpendapatan tetap setiap bulan sama ada mereka ada report atau takde report nak diuruskan. Sama ada mereka buat keje dgn cemerlang kurg cemerlang, mereka tetap takkan dibuang keje smpai umo 55 tahun atqu 65 tahun. Mereka bole dpt loan kete, loan umah, loan peribadi dan sebagainya walaupun berjawatan kecil; berbanding pekeje swasta yg bergaji besar pun belom tentu dpt buat loan dan bole dibuang keje at anytime kalo prestasi mereka kurang memuaskan..
Kerajaan dah menyediakan saluran yg betul dan dan dilindungi undang2 khas utk.para pengguna yg teraniaya. Takkan korang taknak guna kot.. Jom la berkatkan rezeki penjawat awam kat sini dgn cara memberi ruang utk mereka mnyelamatkan pengguna lain dari mejadi mangsa seterusnya...
Saya tau.. Mesti korang pikir, "ala.. Report2 pun bukan dpt ape pun. Last2 senyap gitu je.. Report kita dia buang ntah ke mana. Kat mana2 pun mcm tu la.." Betol... Saya setuju...
Cuma mari kita pikir macam ni.. Kalo kita sorang je report ttg kompeni A; dorang tak amik port... Kalo ada 5 org yg report ttg kompeni A, dorg akan perasan, aik mcm penah tgk je company ni.. Kalo ada 10 org report, 20, 50 report terhadap company yg sama.. Korang rasa dorang akan terus.menerus tak amik port ke...?
Jom la kita buat apa yg patot...
Saya sendiri tak mau korang kene macam saya. Saya tak tergamak nk dpt tau yg korang kene benda yg sama dan kemudian dgn bangga cakap "alaaa.. Biasa la tu. Dulu pun sy kene jgk. Sama la kita.."
Owh.. Jadi kalo saya jatuh longkang n patah kaki maka saya bole duduk di kejauhan dan tgk sorang demi sorang jatuh ke longkang yg sama n patah kaki mcm sy jgk seraya berkata , "tak dapek den nk nolong"...No no no.. Awk je la jadi orang yg macam tu, saya taknak. Saya taknak org luka macam saya. Better sy tutup longkang tu atau tak pun buat signboard kecik tulis "Apek, jaga depan ada longkang!" Pasti manusia seterusnya akan stop baca sign pelik tu lantas ternampak longkang yg ternganga girang... Dan ia berlarutan sehinggalah hero sebenar muncul menggantikan penutup longkang yg hilang gara2 mat pit kampung pisang.. Tak seronok ke jd penyelamat senyap macam Merlin..?
Apapun Merlin dah abes dan saya akan sentiasa merinduinya.. :'(
Kesimpulannya, (aik, cam.karangan spm plk.. Huuhuhuhu) sama ada nk gunakan hak korang sbg pengguna atau nk menghalalkan perbuatan mereka, itu terpulang pd diri masing2. Pd sesetengah org yg dpt paycheck tiap bulan, blender rosak bole beli yg lain at any time. Pd sesetengah org yg tiap2 hari tumbuk bwg utk masakkan suami dan 5 org anak dan kumpul duit hasil upah siang ikan pagi2 semata2 nk beli blender bg memudahkan keje memasak last2 dpt blender rosak, agak2 bole maafkan ke tak...
Wassalam...
P/s: Nampaknya saya tak berjaya jugak buat entry yg ringkas.. Hadoiiii.... :(
Setiap org ada haknya tersendiri!
BalasPadam