Handmade Felt Pillow Monkey Head

Salam...

Huhuhu.. Takde craft supply baru dah nak show off..
Semua buttons, keychains, felt dan korean felt, ribbons, brads dan brooch semuanya dah upload kan...
Dan saya pun tak nak asyik2 re-post entry yang sama berulang2 setiap hari sebab ia pasti akan buat awak semua bosan kan.. Apa lagi kalo gambar pun semua yang sama je...
Dalam hati korang akan macam, "Aii, xde benda lain ke nak post. Nmpak sgt desperate.." Hohoho..
APa saya cakap ni...? Kuikuikui....

Okay, dalam seminggu dua ni saya agak bertungkus lumus menyiapkan pending order...
Memandangkan kemalasan yang menebal dan ada astro kat umah ni yg penuh dgn drama penyiasatan, semangat berkraf pun berada di bawah tahap optimum...
Walaupun di bawah tahap optimum, tapi ia masih di atas tahap minimum...
Jadi agak laju jugak la walaupun tak berapa nak laju...

Apa saya cakap ni...? (hahaha..)
Okay, let's go straight to the point...
Salah satu dari order yang saya berjaya siapkan ialah handmade felt pillow monkey head ni..

Monkey Head: "Yay! I'm happy.. I'm happy.."

Comelkan muka dia...
Saya tak pasti siapakah dia, tapi rasanya ia agak popular jugak kan...
Dan saya jugak tak pasti wajarkah saya letakkan gambar ni kat sini sebab monkey ni dah dipatternkan dan takde sapa dalam dunia ni bole plagiat atau menduplikasi pattern ni...

Macam kelakar tak apa yang saya cakap?
Ini hanya kepala monyet dan perkara ni jadi begitu serious...?
Sebenarnya memang boleh...

Saya pernah upload gambar keychain domo-kun kat satu social network antrabangsa dan saya dapat email dari admin minta saya remove gambar tu serta merta, kerana mereka telah dihubungi oleh NHK menyatakan bahawa karakter tu telah dipatternkan dan tak boleh digunakan oleh sesiapa tanpa kebenaran mereka terlebih dahulu...

Tapi saya harap pemilik monkey ni tak jumpa blog ni memandangkan blog ni tidak la begitu popular.. Hahaha...
Tapi kan, proses menjahit monkey ni agak menyeramkan tau...
Sebab time saya menjahit, dia memandang saya dengan pandangan yang kosong sambil senyum lebar...
Sama macam badut...
Saya teringat citer Planet of the Ape yang ke-2 kalo x silap...
Yang pelakonnya lelaki kacak yang jumpa serum utk ubati ayah dia tu..
Yang monyet (cipanzi) telah evolve jadi cerdik mcm manusia dan last2 boleh bercakap...

Okay la...
Ntah hape2 je merepek sampai ke Planet of the Apes.. Naseb baek sempat sadau.. 
HOhohoho...

Saya nak sambung keje ek..
JOm la kete wat keje sama2..

BYe2...

Wassalam...



No comments:

Post a Comment