Salam Maal Hijrah

Salam...

Selamat menyambut Maal Hijrah..
Harini melangkah la kita ke tahun yang baru 1435 Hijrah...
Bermakna genap 1435 tahun sejak baginda Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah..

Sejak zaman sekolah selalu ada perarakan dari padang ke dewan sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu saya fikir 1 Muharram ialah hari baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah...
Rupanya saya dah silap...

Sebenarnya Tahun 1 Hijrah ialah tahun baginda berhijrah... Bukan tarikhnya...
Dah 29 tahun hidup baru tau..
Takde pulak ustaz ustazah citer... Huhuhu...

Saya nak share kisah Maal hijrah ni kat korang. Ni pun saya baca kat http://drmaza.com/home/?p=1297
Sape nak baca detail bole pi tengok kat link tu...
Sape malas, ni saya ringkaskan...

Kesahnya bermula pada pemerintahan Saidina Umar RA
Pada zaman tu (dan sebelum2 tu) kalendar Islam cuma mengikut perkiraan bulan..
Ada 12 bulan semuanya... Belom ada perkiraan tahun...
Kemudian masyarakat mencadangkan start buat perkiraan tahun...
Bincang punya bincang akhirnya setuju amik tahun Rasulullah berhijrah sebagai tahun pertama kalendar Islam...
Pastu bincang pulak nak start bulan apa...
LAst2 Saidina Umar pilih bulan Muharram; sebab bulan tu bulan selepas umat Islam menunaikan haji; so elok sgt la nak buat fresh start..

Itulah kesahnya...
Kalo nak kesah panjang boleh la berhijrah ke link tu.. Huhuhu...

Memandangkan harini tahun baru, saya kene ada azam baru la ni...
Azam baru saya ialah nak baby...
Amin.....

Wassalam....


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama