GIVE AWAY FEBRUARY BIRTHDAY

Salam...

Birthday GA kembali lagi...
Kali ni hadiah utk bulan February pulak...


Berikut ialah syarat2 penyertaan:
  • Terbuka kpd semua penduduk di Malaysia. Bangla pun bole asalkan duk kat Malaysia.
  • Peserta dan penerima hadiah wajib mempunyai alamat surat menyurat di Malaysia (kerana saya akan gunakan alamat peserta sebagai pengirim dan alamat penerima sebagai penerima... Sy cuma tukang sponsor je..)
  • Peserta perlu memilih orang tersayang yang lahir pada bulan Januari sebagai penerima hadiah. (pakwe, makwe, suami, isteri, ayah, ibu, anak ,kakak, abang atau sesiapa asalkan korang sayang kat dia)
  • Peserta TIDAK BOLEH memilih diri sendiri sebagai penerima hadiah, kerana niat saya nak sponsor hadiah UNTUK orang yang korang sayang. Kalo korang sayang diri sendiri lebih dari menyayangi orang lain, mungkin korang bole cuba berkorban dan pilih orang yg kedua paling korang sayang.. Kalo tak berjaya berkorban, cuba lagi smpai berjaya.. Jangan putus asa k...
  • Peserta perlu mengisi borang di bawah dengan lengkap dan jujur. Borang yang tidak lengkap atau berunsur kepalsuan akan didakwa. (borang itu yg akan didakwa, bukan penulisnya. Jadi jgn bimbang.. Hahaha)
  • Peserta hanya boleh menghantar satu borang sahaja. Lebih dari satu borang secara automatik penyertaannya akan terbatal.
  • Pemenang akan dipilih secara musyawarah (ahli panel asma-felt-box)
  • Hadiah akan diposkan pada 20hb February.. Oleh itu kemungkinan hadiah sampai pada bukan tarikh lahir penerima adalah tinggi.. Oleh itu kpd mereka yang sangat menepati masa, anda tidak digalakkan menyertai kerana khuatir tidak berpuas hati dgn waktu sampainya hadiah tersebut dan tidak dapat tidur malam memikirkannya.. 
  • Hadiahnya:

Onigiri Plushie ni.. Kiyut kan..

  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19 February 2014.

Nak try your luck? Jom isi borang kat sini ya---> BORANG NI HAA...

NAnti dah sampai masa saya terus pos je tau..

Wassalam... :>

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama