04/06/2014

Felt Tutorial: How to make a simple felt phone pouch

Salam...

Tajuk nak mat saleh sokmo.. Huhu...

Harini saya nak buat satu tutorial cara menjahit bekas phone dari kain felt versi simple giler.
Hohoho.. Giler la sangat...
Tutorial ni requested dari beberapa orang pembaca
Phone pouch ni saya buat corak simple je untuk tutorial kali ini..

Let's do it!
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
2 keping kain poly felt hitam : 3x5inci
2 keping kain poly felt Pink : 3x5inci
Felt bentuk heart
Getah atau tali
Benang 
Jarum
Gunting

Saiz poly felt tu ialah standard size untuk phone biasa..
Saiz tu korang boleh adjust dengan saiz smartphone, ipad, tab dan sebagainya

Cara-cara:

Amik sekeping felt hitam dan jahit bentuk heart kat atasnya dengan menggunakan teknik jelujur
Corak lain ikut kreativiti amat dialu-alukan.


Kemudian jahit getah pada atas dan tengah2 kain felt hitam tadi..
Nak pastikan tengah ialah dengan cara lipat dua felt tu dan tandakan
Jangan lupa buat loop macam dalam gambar di atas

Selain jahit, korang boleh juga gam
Tapi saya suka jahit sebab lebih secure

PAstu, yang ni saya lupa nak amik gambar sebelah belakang felt hitam tu..
Step ni, apa yang perlu korang buat ialah LAPIKKAN FELT PINK KAT BELAKANG FELT HITAM
NI kemudian JAHIT JELUJUR seperti dalam gambar. 

Maaf, time buat ni saya terlupa nak snap.
Masa tulis entry ni baru terperasan..
Maaf, sangat2, harap korang faham la ya..

Maksud saya kalo dalam gambar ni nampak felt kaler hitam kan...
Bila pusing belakang, ada felt kaler pink..
Korang jahitkan kedua-duanya sekali..

Pastu amik felt yang kedua tu dan jahitkan shank button kat bahagian atas tengah
Pastikan jahitan tu berganda2 sebab nak bagi kuat
Selain shank buttons, korang bole guna butang biasa atau butang bercorak yang lain

Dah siap jahit butang, sama macam step sebelumnya, LAPIKKAN FELT PINK KAT BELAKANG FELT HITAM NI LALU JAHIT LURUS SEPERTI DALAM GAMBAR
Saya suka guna benang hitam sebab taknak bagi nampak jahitan..

Okay, sekarang kedua-dua keping felt dah siap
Haaa. nampak tak felt sebelah belakang kaler pink tu?
Itu yang bahagian belakang felt hitam yang kita jahit butang tadi..

Kemudian , lapik dua2 keping macam ni, kita nak cantumkan supaya jadi macam poket

Dari bahagian atas tepi korang jahit (cantum) kedua-dua felt tadi dengan menggunakan teknik insang pari...
Teknik insang pari korang boleh tengok kat sini ya 



Jahit terus, sampai ke bucu bawah

Kemudian, sebelum sampai bucu, korang boleh potong serong sikit supaya rupanya seperti di atas..
Kali taknak potong pun okay,,
Saya suka hujung yang macam ni..

Boleh jugak nak potong awal2.. Ikot kesesuaian masing-masing..

Jahit sampai hujung dan...


SIAP!!

Ni pula bahagian belakangnya...

Amacam?
Senang kan..

Mesti la senang.. Tengok la sape jahit..
Hohohoooo..

Jangan lupa try ek...
Jumpa lagi next time...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Adbox