I'm Back to Business!

Salam...

Hai.. Ingat saya lagi tak... Huhuhu..
Lamanya beraya...

Saya balik kampung 5 hari sebelom raya, dan kembali semula pada raya ke-10..
Selama selepas raya yang ambil alih proses packing barang dan pos ialah Encik Wolverine..
Dia kene mula bertugas awal, jadi saya sorang je la duk kat kampung lama2..

Seronok giler duk kat kampung lama2...
Borak2, jalan2, makan2...
Bila balik semula ke sini, terus kene selesema..
Ingatkan selesema biasa2 je, rupa2nya luar biasa punya..
Huwaaaa...

Mula2 hidung sumbat2, pastu lelangit gatal2, pastu batuk2, pastu demam...
Amik masa 2 3 hari jugak la nak sampai ke demam tu..
Disebabkan saya tak suka gi klinik, saya telan panadol je la..
Tapi makin teruk, so decide nak gi klinik jugak...
Tiba2 terserempak dengan farmasi, try tanya farmasi dulu kot2 ada ubat selesama..

Naseb baek ada, so beli ubat selesema sepapan (yang tak ngantuk punya ) dan ubat batuk sepapan (yang pil punya)..
Kene RM9.00..
Kalo gi klinik kene la dalam Rm25 kot (kalo kat kuantan confirm RM40, pastu ubat dapat banyak giler).
Kalo gi panel free kan, tapi saya tak suka gi panel. Tiap kali pi panel (yang berlainan) muka frontdesk tu macam menyampah je kat pesakit. Macam pesakit tu tipu2 sakit pulak, macam nak ubat free. KAdang2 pesakit ni kepalanya ting tong sket (maklumlah sakit), kene bentak2 pulak bila tak faham soalan.. Tu pengalaman saya la, maybe korang tak kene pengalaman cam saya ni.. Nak2 muka saya ni bila sakit pun macam tak sakit.

Teringat time kat U dulu saya kene demam, sakit tekak dan gastrik. Dari rumah kayuh basikal tengahari buta pi klinik kat U. Bila daftar tu kene tunggu lama satu hal, pastu jumpa doktor, doktor buat muka kerek je. Doktor tanya, "awak ni sakit apa pulak kali ni?" suara tu macam menyampah je kat saya ni, nak2 fail saya tu ada la dalam 3 helai kertas. Time tu saya dah sem 6 dan sejak sem 1 selalu kene gastrik. Jadi saya gi klinik utk dapatkan ubat gastrik je. Bila saya cakap nak minta surat mc utk hari ni lagi la dia menyampah dan cakap pedih2 gitu. Saya diam je la, malas layan, kepala pun dah ting tong nak pitam. Pastu dia amik suhu, terperanjat dia tgk suhu tinggi sangat. Cepat2 dia suruh nurse kol ambulance nak hantar hospital, nurse ckp takde ambulance. Dia pun tulis surat mc dan suruh saya tido kat klinik je. Disebabkan klinik bising sangat, saya takmo tido kat situ nak balik rumah. Doktor tak bagi naik basikal, dia suruh kawan yang ada kereta bawa saya balik.. Baiknya la hati kawan2 saya yang ada kereta nak tolong hantarkan.. Ada 2 orang je kawan yang ada kereta, dan mereka bukan la begitu baik hati.. Saya pun cakap ok je, dan terus kayuh basikal balik rumah.. Lepas makan ubat dan tido, terus kebah sakit tu. Alhamdulillah...

Kalo nak diceritakan, banyak jugak la cerita pedih berkenaan klinik ni..
Kesahnya berkisar mereka tak percaya yang saya ni sakit..
Lebih2 lagi saya pernah buat ortodontik selama 4 tahun, nurse2 memang buruk je layanan yang diberi.
Tapi doktor2 baik sangat..
Penah sekali doktor suruh nurse cabutkan timah sebab nak ganti dengan yang baru..
Nurse tu buat sampai berdarah2 mulut aku..
Doktor tengok pun sampai terbeliak mata (doktor pakai penutup hidung dan mulut, jadi nampak mata je la).."Why so much blood?" tanya doktor..
Nurse tu gelak2 kecil sambil gigit jari.. Macam la comel sangat buat gitu...

Sebab tu kalo bole saya nak elak seelak2nya pi klinik..
Selagi bole bertahan sendiri, tahan je la...
Apapun kisah baik2 tentang klinik, nurse dan doktor pun banyak. Cuma kesah buruk yang terpahat di hati..

Aik, apesal citer pasal ni pulak.?
Hohoho...

Orait, esok order craft supply akan dipos seperti biasa..
Dan esok pun nak start buat order handmade...
Mekasih korang kerana sentiasa support asma-felt-box..

Luv u... Muah2... ^^

Wassalam...


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama