Cabaran 15: Surat kepada Seseorang

Salam...

Whoopsi...
Nampaknya saya dah gagal dengan cabaran 30 hari ni..
Rakan online yang join cabaran ni pun dah tulis Cabaran yang ke-30 hari ini..
Saya baru yang ke-15?

Hm.. takpe la..
Ikot je kemampuan..
Ngehehe..

Cabaran ke-15 berbunyi: Surat kepada Seseorang...

Saya ada sorang kawan di alam maya..
Saya tak pernah jumpa dia tapi saya seronok berkawan dengan dia..
Sebab dia lain dari yang lain..

Kemudian beberapa tahun yang lepas dia meninggal dunia..
Tu pun selepas famili dia ke, adik dia ke yang update status blog ditutup sebab dia meninggal..
Saya pun tak tau punca kematiannya, tak diberitahu..

Macam tak percaya je kan..
Hati saya sedih sangat.. :'(

Oleh itu, saya nak tulis surat pendek ni kat dia..


Hi Awak..
Walaupun perkenalan kita ni kejap sangat kan..
Dan walaupun kita tak pernah bersua muka dan berhubung secara terus..
Tapi saya seronok mengenali awak sebagai sahabat..

Rasanya takde satu apa pun yang pernah awak buat untuk saya..
Dan takde satu pun yang pernah saya buat untuk awak..
Tapi hati saya rasa attached dengan hati awak..
Semoga awak pun macam tu..

Saya doakan awak lapang dan selesa di sana..
Amin...

Jangan bimbang, kawan saya ni perempuan jdi takde la cintan2 ke hape..
Haha...
Saya memang susah nak sayang kat orang, tu yang macam magic je bila hati saya ni sayang kat dia..

Orait..
Esok pulak saya tulis cabaran yang seterusnya..

Wassalam..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama