Search This Blog

14/09/2014

Cabaran 30 Hari 9 : 5 Lelaki yang Menarik Perhatian Anda

Salam...


Harini nak buat Cabaran 30 Hari yang ke-8 pulak..
Cabarannya berbunyi : 5 Lelaki yang Menarik Perhatian Saya

Memandangkan korang dah terbaca nama2 lelaki tersebut di entry yang saya terpublish haritu, jadi macam tak saspen dah kan..
TAk saspen pun takpe la.. Tulis je.. Hehehe..

Kali ni saya wakilkan lelaki yang menarik perhatian saya ikot negara.. haha. bole gitu?

Berikut ialah 5 lelaki yang menarik perhatian saya ikot negara :P

Regardless suami saya ya.. :P

1. Shah Rukh Khan

- semua orang dah tau sape Shah Rukh Khan kan.. Tak perlu nak introduce lagi. Apa yang menarik perhatian saya ialah senyumannya, lakonannya dan tariannya. Memang lain dari yang lain. Filem yang paling saya suka ialah Dilwale Dulhania Le Jayengge (betul ke eja) dan Duplicate. Pasangan Shah Rukh Khan yg paling best ofkos la Kajol.. Dan tarian yang paling saya suka ialah Mere Mehbob Mere Sananm dalam filem Duplicate

2. John Lennon


- Beliau adalah salah seorang dari ahli kumpulan The Beatles. Yang menarik perhatian saya ialah senyuman (lagi) dan kenakalan dia dalam filem Help. Dan bila saya dengar lagu2 The Beatles, saya merasa asyik dengan suaranya. Serak2 basah gitew.. Lagu yang paling saya suka ialah Mr. Postman

3. Paul Rudd

- Korang kenal ke dia ni? Dia ni pelakon Hollywood. Maybe bukan star. Tapi saya suka sangat tgk dia belakon. Dia banyak berlakon dalam romantic comedy. Saya suka sebab seliau selalu bawa watak yang naive dan comel. Saya suka lelaki macam ni. Serious!. Filem yg paling saya suka ialah Clueless.

4. Remy Ishak

- Wow.. Remy Ishak mewakili Malaysia. Dasyat kau.. Haha.. Puas gak pikir, sape lelaki Malaysia yang paling menarik perhatian saya? Last2 dapat Remy Ishak. Sebenarnya saya suka gak Beto Kushairy, tapi dia selalu berlakon watak kerek2 sket. last2 pilih Remy la (haha.. macam la bole dapat :P). Saya start suka kat Remy time dia berlakon jadi Bangla dalam citer yang kedai jahit tu. Ada Abby Abadi n Norman Hakim. Tak tau la nama citernya.. Dia sangat menarik perhatian saya sebab tak sangka orang se"dashing" ni, bole berlakon watak sekelakar itu.. Haha.. Pengsan jap tengok.. Apapun, adik saya tak suka Remy sebab dia nampak cam bangla. Aik? Bangla ensem ape.. Heeee..

6. Yoo Jae Suk

- Dia ni salah sorang ahli Running Man. Saya suka dia sebab dia suka sangat senyum dan suka cari gaduh dan dalam masa yang sama mendamaikan suasana dan pandai mengawal keadaan. Dia pandai berkompromi dengan ahli2 Running Man yang lain dan jugak tetamu jemputan. Paling suka tengok bila dia pujuk Ji Hyo yang start nak marah. Memang comel la dia ni kan.. ^___^. Yang peliknya dia ni dah 40 tahun, tapi badan fit macam baru 20-an. Apa agaknya corak pemakanan orang Korea ni ek. Kene korek ni...

Orait..
Itu la 5 lelaki yang mewakili negara masing2...

Jumpa esok pulak dengan cabaran seterusnya : Apa di Dalam Handbag Saya?
Alamak, ni 4 perkataan pun dah abes.. :P

Wassalam..

No comments:

Post a Comment