Kalendar Percuma 2015

Salam...

Yay!
Sampai pun.. *lompat bintang*

Apa yang sampai tu..?
Cer tengok gambar bawah ni..

Kalendar 2015 untuk korang

Siapa2 yang barangnya dipos sejak 1hb Disember pasti dah dapat kalendar percuma ni kan...
Suka la tu.. Hohoho...

Tapi kalendar ni percuma untuk pembelian RM35 dan ke atas sahaja.. 
Yang kurang dari tu, maaf ya.. Stok tak banyak la sayang...
Saya order 200pcs je...
Dah nak pindah ni, banyak gak nak guna duit.. 
Wooo... T__T

Kalendar ni kecik je..  Versi mini..
Okay la untuk korang tampal kat meja kerja, meja study, kat sebelah katil.. 
Tak makan banyak ruang..

Pada mulanya saya nak order kalendar besar..
Tapi bila pikir2 balik, ramai yang order felt keychain, felt brooch, felt hp straps yang kecik2 tu, tapi order banyak dan packing pulak kecik, tak muat pulak nak masuk kalendar tu nanti..
Kalo kalendar tu digulung atau lipat, renyuk pulak nanti..
Tak jadi comey la macam Kak Ton
Jadi saya beli yang small calendar ni je la..
Okay la kan.. Dari takde..
Hehe...


Comel tak kalendar ni?
Puji la sikit.. 
*tak malu minta puji*

Design ni simple je.. Guna header blog..
Takde idea dah nak design camana..
Pastu minta Ina tulis detail facebook, email, instagram dan whatsapp

Ina ada tambah sikit kerawang dalam tu, tapi saya tak mau..
Baik kan Ina tu..
Owh, lupa pulak..
Ina ialah seller yang buat kalendar saya ni..
Korang boleh checkout blog dia kat SINI

Bukan kalendar je...
Kad kawen, banner, bunting, business card pendek kata macam-macam lagi la yang berkaitan dengan printing..
Nak order, korang boleh whatsapp je Ina kat 019-2265700 
Memang fast respond baq hang..
Ceq pun tak respond cepat lagu tu..
Eh, awat tetiba cakap utara?

Selain tu, kalendar ni saya guna design Kalendar Islamik..
Mula-mula memang nak kalendar kuda, sebab memang jenis tu yang kita selalu ada kan..
Bila pikir2 balik, dah tua ni better la amik Islamik tu.. 
Takkan tua2 pun nakberkuda lagi.. Haha..
Dalam ni pun ada Takwim Solat tau..
Tapi korang kene zoom mata korang tu bagi nampak sikit nombor-nombornya..
Almaklumlah kecik.. 

Erm..
Korang taknak bagi saya kalendar ke..?

Wassalam...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama